Sekolah dan Klinik

Salam..
Alhamdulillah, hari ni damia tak nangis kat sekolah...lega rasa hati, maybe dia dah mula seronok gi sekolah, bgn pagi mandi n bersiap td pon dia tunjuk respon yg baik. After drop damia kat sekolah, En.Hubby hantar aku ke klinik..turn no 8. ok la tu, tak ler ramai sangat.. Hubby tak dapat tunggu, dia pon busy kat opis pasal esok ada sambutan hari Quality...

Hari ni last check up kat klinik Sura ni, this weekend nak balik kg doh..Sempat lagi bercerita dgn akak kat situ. Aku tanya pengalaman dia bersalin kat Hospital Dungun ni, sebab dah banyak aku dgr org komplem pasal service kat hospt tu cukup menggecewakan...Akak tu pon mengiakan, citernya cara misi kat sana 'jahit' teramatlah menyakitkan dan cukup kasar hingga sakit tak tertahan, kalau kat kuala terengganu kalau 'jahit' tak sakit sgt pun.. Kat Dungun ni, siap jer jahit patient kena terus turun dari katil dan dok di kerusi, dah ler tgh sakit terpaksa la bangun sendiri. Dalam wad. air pun tak disediakan. Kira layanan kat sini amat menggecewakan. Patut la En.Hubby berkeras sangat nak aku balik bersalin kat Kota Bharu..

Kawan aku kata, biasa la tu..dah beranak mestilah sakit..Tapi pendapat aku, kalau kita ada pilihan, apa salahnya kita memilih yang lebih baik... Takkan nak direlakan diri diperlakukan sebegitu. Mungkin tak semua misi kat Spital Dungun tu begitu, tapi kalau dah ramai sangat orang komplem, maknanya kebanyakan misi kat situ memang perangai gitu ler...

Korang ada pengalaman yang tak dapat dilupakan tak masa bersalin? Leh kita kongsi2...


Baca Selanjutnya

Hari-hari Nangis

Salam...
Sejak dr awal persekolahan minggu lepas, my doter asyik nangis jer tiap kali gi sekolah...cam ada sesuatu yang tak kena di sekolah.. budak2 ni kalau ada yang dia tak suka mula lah dia memberontak.. Cikgu pulak garang semacam.... memang patut garang ke cikgu2 ni? Tegas la maksudnya, bukan ke budak2 kecik ni perlu dipujuk dan bukan untuk ditengking untuk mengajar sesuatu. Lagi la budak2 ni takut...

En.Hubby memang tak berapa berkenan dengan cara cikgu sekolah damia ni uruskan pelajar2nya...lagipon dah banyak komen dari ibu bapa yang lain pasal cikgu ni... Setakat ni aku masih mampu bersabar dan terima lagi, cuma kadang2 aku tengok, cara cikgu ni ada yang tak betul...Hari2 damia asyik nangis jer tiap kali sampai pintu sekolah...hubby tgl gitu ajer.. kalo aku yang hantar, alamak dok bergantung kat kaki la..

Damia masih dalam proses menyesuaikan diri, biarlah dia nak nangis pun, esok2 lusa stop la tu...Tapi minggu depan damia terpaksa amik cuti paling lama sebulan pasal ngikut aku balik kampung. Hujung minggu ni aku dah nak balik kg get ready tuk bersalin..kalau bersalin kat Dungun ni takder orang nak tolong tengok2kan..lagipon aku tak pandai nak uruskan baby yang baru lahir ni, kecik sangat, gerun aku..kalo dah 2 3 munggu tu bleh la...kat kampung mertua dan kakak2 ku ada tuk tolong tengok2kan...

Damia tengah berlakon tu, dia buat apa yang dia blajar kat sekolah hari ni...Al-Fatihah alhamdulillah dah dapat hafal, lagipon dah lama aku ajar dia..Pelajaran baru dia hari ni.."Today is Sunday", tu yang dia dok ulang dari tadi lagi..hehehhe

Pada kengkawan, doakanlah moga saya selamat melahirkan baby.. Risau gak, almaklumlah macam2 bleh berlaku..kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan di permudahkan olehNya..Amin.


Baca Selanjutnya

::2010::

Salam..

Sudah 4 hari berlalu di 2010, tak terlewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat semua pada suri dan sura blogger..:)) Mesti korang dah tanam azam masing2 untuk di capai pada tahun ini.. Pada aku setiap tahun yang berlalu sama ajer. nothing different... kalo tanam azam pon bukan aku laksanakan. kalo nak laksanakan apa2 impian tak semestinya kena tunggu tahun baru kan???..

Apa yang penting bagi aku sekarang adalah persediaan untuk menyambut kelahiran cahayamata ku yang kedua.. melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang adik, kakak, isteri, ibu dan sebagai saudara kepada orang sekeliling.. Meningkatkan prestasi diri agar lebih baik dari yang sebelumnya..

Puteriku pula telah menjejakkan kaki ke alam persekolahan, dunia baru yang harus dia tempuhi untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..Agar persekitaran dapat memberi suatu pembelajaran yang baru dalam hidupnya..

Suamiku, macam biasa sibuk dengan kerja seharian dan bisnesnya... aku doakan moga apa yang dilaksanakan dan di impikan olehnya akan tercapai.InsyaAllah...Begitulah kehidupan kami, moga kehadiran cahayamata kedua ini akan menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga.


Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin