Anak-Anakku

Salam buat semua kengkawan...

Udah lamo benor aku x mengepost sbarang artikel kat blog aku ni...shari2 aku asyik melayan anak2..Almaklumlah dah anak 2 skrg ni..:) Seronok dan hepi sgt dapat melihat baby Alya membesar depan mata..setiap saat rugi rasanya kalau tidak melihat perkembangannya..Alya dah 3 bulan, esok genap dia 100hari usia. Secara rasmi saat berpantang dah tamat, walaupun sblm ini pon aku dah x bpantang sgt pon..

Bahagia rasanya ada anak kecil ni, celoteh anak2 sentiasa membuatkan aku tersenyum. Bila Alya dah besar,mungkin dalam 3 @ 4 thn lagi teringin lagi aku tuk menambah cahayamata..Alya skrg ni asyik nk bergurau jer, kalo tak der org dpn mata mula lah melilau cari sesape yg lalu lalang dpn dia, pastu dia mula la bunyikan suara tuk tarik perhatian..minta tuk di agah. heheh

Kakak Damia pon dah beransur2 leh trima kenyataan yg dia ada adik.. sebelum ni 4 tahun sgala kasih syg kami di curah pada dia, bagai menatang minyak yg penuh. bila dah ada Alya ni ksh syg kena lah di bahagi2kan.. Damia kerap tersinggung dgn pembahagian ksh syg kami...Tp Alhamdulillah Damia dah makin matang, dia pon slalu mengagah adiknya, Alya plak seakan2 suka sgt dgn si kakak, bila kakak dia tegur ckit teruk mengekek gelaknya, suka sgt..







Baca Selanjutnya

Bagaimana Rasulullah ketawa dan ceria?

  • Daripada Umar bin Al-Khattab katanya: "Rasulullah s.a.w tersenyum, dan beliau adalah orang yang paling bagus giginya." (Riwayat Ibnu Hibban)
  • Daripada Sayidatina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah s.a.w. berlebihan ketawa hingga ku lihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad)
  • Abu Dzarr berkata: "Pernah ku lihat Rasulullah s.a.w. tersenyum hingga terlihat gusi beliau."
  • Rasulullah s.a.w juga insan biasa yang dianugerahkan fitrah semulajadi manusia iaitu senyum dan menangis.
  • Bagaimanapun, Rasulullah tidak akan ketawa berdekah-dekah kerana itu tidak melambangkan sahsiah individu Muslim apatah lagi baginda seorang Rasul, utusan Allah.


Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin