Assalamualaikum...
N3 ni khusus tuk wansteddy dan sesapa yang berkaitan lah, sori la wan, lambat sy nak tulis, cos semalam baru sy sampai dari kampung..Penemuan awal sy dengan minyak ni bila hubby dok cari info pasal ubat penyakit kulit, dan terbaca la satu testimoni dalam web bio-asli hubby pun bagi la cdngn tuk mencuba minyak tu. So, apa salahnya mencuba kan, lagipun dah macam2 try sebelum tuu...
Masa tu kulit damia dah tahap maksimun lukanya, kecuali hidung jer yang masih maintain..Muka Damia sgt teruk masa tu, so saya pun mula sapu minyak tu ke seluruh badan, pada awal penggunaan, timbul biji2 merah, sebelum ni sy dah dimaklumkan pasal kesan tindakbalas awal pengunaan minyak ni. Pada awalnya saya nak hentikan penggunaannya tapi hubby kata sabarlah dulu, kita tunggu dan tengok. Selang seminggu macam satu keajaiban yang berlaku, luka damia begitu cepat pulih, darah dah tak kuar, kulit pun dah tak kering, jadi lembab jer kulit dia. kulit dia makin licin, cuma parut2 merah jer kelihatan. Dalam 2 bulan jer, 80% kulit damia dah makin sembuh.
Saya amat2 bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana di pertemukan minyak ni,dan langsung tak meyangka yang kulit damia akan pulih..Saya pernah bagi damia minum minyak tu, sukatan 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. saya campur dalam minuman dia.tapi damia mcm perasan yang minuman dia rasa lain ckit,dia tolak,.so sy stop. kalau wan nak try bagi minum pun bleh, mana tau kot dapat merawat dari dalam badan Aliya. Sejak jumpa minyak tu, sy stop semua cream lain. Apa kata wan bt macam saya, stop dl yg lain dan fokus pd minyak tu.. penggunaan minyak ni hanya dapat merawat luka damia dari luar jer, tapi tak dapat menghilangkan penyakitnya. Kalau ada effect awal tu, kalau bleh wan jgn stop dl, sbb itu tindakbalas awal. tapi setiap individu berbeza, ada jgk yg tak der tindakbalas..sapu la setiap kali aliya sudah mandi, sapu dari hujung rambut hinga hujung kaki. Saya rasa ia pasti mujarab buat aliya.
Apa yang paling penting tuk merawat penyakit ni adalah jaga pemakanan dia. Jgn sekali2 beri makanan yang dia alergik. Apa makanan yang aliya alergik? Kalau damia dia tak bleh makan semua jenis kekacang, susu formula dan semua produk yg berasaskan tenusu, ikan2 yg bisa dan seafood,ayam,telur, ikan bilis, junk food...Saya elak semua makanan tu, dan ia mempercepatkan proses penyembuhan damia.bahaya jgk kalau dok beri ubat minum selalu, nanti akan mdatangkan penyakit lain pulak.. Doktor juga cakap cara rawatan sy tu baik kerana sy dah hentikan semua ubat tuk dia..Minyak kelapa dara tu tak pernah habis stok dalam umah sy..wp sekarang dah jarang sy gunakan tuk damia, tapi kalau dia tersalah makan (kalau sy terlepas pandang laa) mula la di gatal dan timbul biji merah, terus saya sapu minyak tu. semalaman terus hilang.. Ada gak sedara2 dtg tanya ubat apa yg saya guna tuk damia, kerana ada anak2 diaorang yg kena ekzema, sy sarankan minyak ni la kat diaorang.. Memang keajaiban kulit damia sembuh sepenuhnya. semua orang sekeliling yg pernah tengok luka dia tak sangka yg damia akan pulih seperti hari ni. Kulit damia dah lembut dan licin sekarang, puas hati rasanya.
Hubby sy balik citer pasal wan, so sejak dari tu la sy mula melawat blog wan, dan rasanya ingin berkongsi pengalaman dengan wan, kerana sy amat memahami perasaan ibu2 yang anak2nya menghidapi ekzema. Saya harap wan teruskan penggunaan minyak ni dan kalau bleh stop dulu guna cream lain. tengok dalam 2 minggu, mesti ada perubahan. InsyaAllah, dengan izin Allah, aliya pasti sembuh..Nanti bagitau saya yer perkembangan aliya dari semasa ke semasa. sy pun tak sabar nak tau hasilnya,.
Baca Selanjutnya
Asaslamualaikum...
PM telah menolak pelawaan Tok Guru Nik Aziz tuk berdebat kerana bagi PM, debat itu tidak akan berbuahkan hasil. Nik Aziz begitu bersungguh ingin mempelawa PM tuk berdebat mengenai perjuangan Islam..Aku rasa susah tuk mencapai persefahaman dalam pendebatan ni, kerana perjuangan UMNO dan PAS adalah berbeza. UMNO memperjuangkan Melayu dan PAS memperjuangkan ISLAM...Kalau lah kedua2 parti ni bergabung dan sama2 memperjuangkan Melayu dan Islam, rasanya itu adalah yg terbaik.
Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.
Aku juga berpendapat yang UMNO menolak tuk berdebat kerana UMNO sendiri tahu, yang parti itu kurang memperjuangkan dasar2 Islam dalam pentadbirannya. Bukan nak kata aku sokong PAS sepenuhnya, tapi apa yang dikatakan oleh Tok Guru NIk Aziz itu ada betulnya..Aku hanya akan sokong perjuangan yang betul dan benar. Sebab bagi aku, kedua2 parti ini ada kepincangannya.Apa yang betul dari UMNO, aku sokong..Apa yang betul dari PAS, aku juga skong..Sebagai rakyat Malaysia, aku ingin bangsa Melayu dan agama Islam begitu utuh dan teguh di Malaysia.Sebagai sebuah negara Islam, bagi aku adalah penting dasar2 pentadbirannya berlunaskan hukum2 Islam sepenuhnya. Tapi banyak aspek yang perlu di ambil kira. Tak senang la nak mentadbir sesebuah negara ni. Bak kata Tok Guru Nik Aziz ''Kalau Melayu sahaja bukan ummah, kerana ummah adalah seluruh rakyat. Perjuangan ummah lebih bermakna dalam pakatan berbanding dengan perpaduan yang dianjurkan.'' Kalaulah Malaysia ni di tadbir berteraskan dasar2 Islam sepenuhnya, aku rasa masalah sosial tentu dapat di kurangkan secara drastik..
p/s: Ini adalah pendapat aku, sabagai rakyat Malaysia, aku bebas tuk menyuarakan pandangan sendiri kan! bLOG AKU..ikut suka aku lerrr...:)
Baca Selanjutnya
Assalamualaikum..
Pagi ni aku ke Klinik Desa Sura, tuk buat kad bagi pemeriksaan kandungku yang ke dua ni..sampai dalam kul 9.30 pg. Nasib baik org tak ramai..duk kejap jer, terus sampai turn aku. cam ni la best, tak yah nak tunggu lama2. Mungkin musim ni tak ramai yang mengandung kot. selalunya klinik kanak2 ni asyik penuh jer orang mengandung dan yang datang tuk rawatan anak2..
Disebabkan aku kes baru so, take time gak la nak proses tu, macam2 yang di tanya oleh nurse, tu memang sepatutnya lah..dah keje dia. hubby ngan damia setia menanti dgn sabar. first buat urin test, then amik darah tuk result HB, fuuu, pedih la bila kena cucuk kat hujung jari ni. tersentak gak aku.bukan nak kata aku takut jarum, tapi pedih sikit la kalu kena cucuk kat ujung jari ni.. then masuk bilik pemeriksaan tuk check kandungan, breast dan tekak. everything ok. Alhamdulillah. lagipun takat ni, kandungan aku tak der masalah, cuma pendarahan di awal2 hari tu jer..pastu, nurse kata kena amik darah kat lengan lak, tuk check ada penyakit kelamin atau tak...Ishhh, takkkan lah ada ekkk..
Dua kali kena cucuk cos urat aku tak timbul sgt, tapi tak sakit langsung pun..Nurse2 kat sini semua baik2 dan peramah, hati aku pun senang di layan begitu. Sesetengah nurse tu ada yg garang tau, nurse gak ucap tahniah kat aku pasal awal2 dah dtg report pasal kehamilan, jadi apa2 masalah dapat di kesan awal2.. Alhamdulillah, semua pemeriksaan okey dan berjalan lancar, 28 bulan dpn lak kena dtg.. almost 1 hour baru aku siap, hubby tersengih2 jer sambil tunggu aku, damia pun tak byk karenah.pastu kitaorg g balai polis, bayar saman..he3 bulan lepas la kami kena saman pasal tak pakai tali keledar..Kena RM40. padam muka kami kan...he3.
Baca Selanjutnya
Assalamualaikum...
Pukul 10 pagi tadi aku dah selamat sampai Dungun..Bertolak dr kampung kul 6.30pg. Walaupun 2 hari jer balik bercuti ke kampung, puas hati gak rasanya. Tujuan utamanya, balik menziarahi mak sedara hubby yg sakit tenat. Sepanjang perjalan td anakku tidur jer.. Aku pun terlelap gak sekejap, yg tak tahan nyer asyik rasa mual jer dalam keta. sampai jer umah terus termuntah... Sakit urat2 perut ni di buatnya.
Tak sabar gak nak online, rindu kat blog aku.. Kat kg Sempat gak makan durian kunyit (yg kuning2 dan lemak rasanya), puas hati leh makan durian tu, RM8 sekilo, hubby beli la 2 biji..dah aku mengidam sgt nak makan..ada sesetengah tempat harga durian ni mencecah RM18 sekilo..mahal nyerrr..tapi sekali sekala dpt makan, apa salahnya erkkk.. Tapi keinginan tuk makan pulut durian lum kesampaian.
Baca Selanjutnya
Tak terpadam ingatanku terhadapmu
Dan pada siapa harus ku adukan
Resah ini kian menghimpit perasaan
Dan seandainya kasihmu mekar bagai dulu
Pasti tidak aku terbelenggu begini
Bukan salah aku retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah
Lalu punah
Tak dapat ku bayangkan
Tuturmu bagai sembilu
Mencakar hati ini
Tanpa simpati di hati
Ingin rasanya
Ku laungkan rasa kecewa
Kekasih lupakan sejarah
Cinta kita baja dulu
Di manakah kau campakkan
Cintaku yang pernah kau sanjungi
Oh mengapa
Semua ini berlaku
Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang
Terhadapmu"
Baca Selanjutnya
Assalamualaikum..
Bukan isteri saje yang perlu menjaga tingkah laku semasa hamil, suami juga perlu berubah sikap dan mengamalkan amalan2 yang mengikut hukum islam. Tak semestinya ketika isteri hamil sajer tp setiap hari pun kita suami isteri perlu bersikap ke arah yang lebih baik..
Amalan isteri dan suami ketika isteri mengandung sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak yang sedang di kandung... Banyak maklumat mengenai amalan suami ketika isteri mengandung ni dalam blog Atie A.Razak. Tq. Sy sekarang dah hamil 2 bulan dan berharap suami juga dapat mengamalkan amalan2 berikut..Bukan semasa sy hamil jer..tapi adalah elok di jadikan amalan seharian..
Kita mengharapkan dapat anak yg baik, soleh, berilmu dan bertakwa..tetapi dengan harapan sajer tak mungkin akan dapat anak seperti itu. Kita perlu sentiasa memanjatkan doa pada Allah S.W.T dan membuat amalan2 yang mengikut lunas2 Islam.
Baca Selanjutnya
Assalamualaikum...
Kat Kangar pada hari ni, seorang bayi di lahirkan tanpa mempunyai alat kelamin..Bayi itu juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata... Ya Allah kesiannya kat bayi tu, takut aku mendengarnya,. Almaklum la aku jg sdg mengandung, ibu mana yang tak takut kejadian mcm tu berlaku pd kandungan mereka.. Besar sungguh ujian yang Allah berikan pada ibu bapa bayi tu...Aku berharap ibu bapa bayi itu byk2 la bersabar, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Sesungguhnya Allah amat sayang pada insan yang di beri ujian olehNya.
KANGAR 16 Jun — Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alamat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya.
Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.
Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.
Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.
“Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya,” kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini. - Bernama
Baca Selanjutnya
Assalamualaikum..
Di sini aku nak berkongsi satu cerita yang unik bg aku dan kejadian ni jarang skali berlaku dan mungkin korang jg tak pernah dgr kan. Kes ni berlaku di Dungun, Terengganu dan ada di paparkan dalam akhbar Sinar Harian.
Alkisahnya, ada sebuah rumah yg didiami oleh seorang guru yg tinggal keseorangan..Pada satu malam tu ada la seorang mamat dgn niat tuk mencuri dlm rumah guru td, dan si pencuri tu pilih tuk masuk dalam umah tersebut melalui bawah rumah. Si malang tu kopek lantai kayu dan masuk. Nak di jadikan cerita dan mungkin ajal dia kat situ, si pencuri td terlekat bahagian leher kat lantai kayu tu..di sebabkan dah tak bleh bernafas maka, meninggal la si pencuri tu dlm keadaan yang mengaibkan.. Kepala dah dalam umah dan badan plak masih di bwh umah..Kesian jgk ekk..
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, Mintak2 la si pencuri td sempat mintak ampun yeee...Walau di mana saja kita berada, di harap kita sentiasa berhati2 kerana si pencuri ni sentiasa memerhatikan kita dan menunggu peluang di atas kelalaian kita.
Baca Selanjutnya
Assalamualaikum...
Aku ni baru jer blajar2 jadik blogger.. Byk lagi benda yang tak reti. Nasib baik la ada yang sudi mengajar aku..Mula2 putus asa gak, bila dah create blog dah byk post artikel..(5-6 jerr) masih tak der pengunjung.. Tapi aku tulis gak, ibarat diary la, kalau free tu leh tulis artikel dan sama2 kongsi pendapat dgn kawanku yg baru gak join jd blogger ni...mak mah
Patut la tak der pungunjung, sbb aku pun tak kunjung blog org dan tak promote blog sendiri.. Camner org nak jengah blog aku kan Hehehehe.. (mmmm..malu kat diri sendiri). Aku pun rajin2 la jengah blog org lain dan mula cari kenalan dan dalam masa yg sama aku pun turut la promote blog aku yg tak seberapa ni...Mujur la ada jgk yang sudi menengah..Makasih byk2 yeee.
Hubby ku kata aku bebas tulis apa sajer dlm blog ni, asal tak melampaui tatasusila seorang blogger. Jadi maap la yee para pengunjung kalau topik dlm blog aku ni dah jd mcm rojak..Ikut suka aku la kan nak tulis apa2 pun..Dah blog aku He3...Anyway minat aku dalam bidang ni makin lama dah makin melonjak. Tambah2 kalau pengunjung dah makin bertambah..Terima kasih la kat korang yang telah menaikkan semangat aku utk terus bergiat sebagai seorang blogger..
Baca Selanjutnya
| |
Pendarahan adalah salah satu kejadian yang menakutkan selama kehamilan. Pendarahan ini dapat bervariasi mulai dari jumlah yang sangat kecil (bintik-bintik), sampai pendarahan hebat dengan gumpalan dan kram perut . Apakah normal mengalami pendarahan pada trimester pertama kehamilan? Pendarahan pada awal kehamilan tidak selalu Normal, tapi hal ini sering terjadi hampir pada 30% kehamilan. Dan separuh dari wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat tetap meneruskan kehamilannya dan melahirkan bayi yang sehat. Pendarahan dalam jumlah yang sangat sedikit / bintik-bintik pada awal kehamilan bisa merupakan hal yang normal yang disebut sebagai pendarahan karena implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan dinding rahim melepaskan sejumlah kecil darah biasanya terjadi sekitar kehamilan minggu ke 7-9 dan hanya terjadi satu atau dua hari saja. Banyak wanita juga mendapatkan bintik/bercak pendarahan setelah hubungan seksual, atau mengangkat barang yang berat, atau karena aktivitas yang berlebihan hal ini karena servik mengandung lebih banyak pembuluh darah dan pelebaran pembuluh darah selama kehamilan ini. Untuk hal ini batasilah aktivitas anda sampai bercak pendarahan hilang. Tetapi pendarahan atau bercak pendarahan selama trimester pertama kehamilan ini, dapat juga merupakan tanda ancaman keguguran. Ada dua hal medis yang harus dipertimbangkan ketika terjadi perdarahan pada trimester pertama kehamilan yaitu Keguguran atau Kehamilan Ektopik. Anda kemungkinan mengalami Keguguran jika perdarahan menjadi hebat ( lebih dari 1 gelas), biasanya sering disertai dengan kram perut. Kadang juga disertai keluarnya bekuan darah atau jaringan fetus. Sedangkan gejala untuk kehamilan ektopik adalah pendarahan vagina disertai rasa sakit perut bagian bawah pada satu sisi. Walaupun, bercak pendarahan (spotting) pada trimester pertama kehamilan adalah hal yang tidak terlalu aneh (sering terjadi pada 30% kehamilan) tapi anda sebaiknya memberitahukan dokter anda tentang hal ini sehingga dokter dapat memonitor dan mengantisipasi komplikasi kehamilan lainnya . Dan hubungi dokter anda SEGERA jika terjadi pendarahan banyak, kram yang hebat, sakit perut bagian bawah yang terus menerus atau timbul demam/panas tubuh. Semua ini dapat menjadi tanda terjadinya ancaman keguguran atau komplikasi lain seperti kehamilan ektopik. Biasanya dokter akan melakukan pemeriksaan Doppler untuk mendengarkan detak jantung janin dan atau USG. Untuk memastikan diagnosa. Jika anda masih kuatir dan bingung dengan pendarahan yang anda alami ini, ungkapkan apa perasaan dan pikiran anda kepada dokter anda. Karena kehamilan, persalinan dan mendapatkan seorang bayi adalah salah satu peristiwa indah dan luar biasa dalam hidup anda, jadi binalah komunikasi yang baik dengan dokter anda, sehingga anda memiliki kehamilan dan persalinan yang sehat dan menyenangkan. © Dr.Suririnah-www.InfoIbu.com |
Baca Selanjutnya
Aku dah pergi klinik, doktor dah scan heartbeat dah kelihatan, doktor masih tak dapat nak pastikan lagi keadaan baby, tapi takder risiko keguguran doktor cakap.. Minggu kesebelas baru leh pastikan, cos shape dah nampak.. tunggu minggu kesebelas la plak aku g scan..
Lega sgt rasa hati bila keadaan janinku okey.. Syukur Alhamdulillah. Sejak semalam dah tak der pendarahan.. kelihatan janin masih mcm seketul darah jer...Apa2 pun aku hepi sesgt...kira dah boleh mengharap 100% pada kandungan ku bakal selamat dilahirkan...
Baca Selanjutnya
Assalamualaikum...
Baca Selanjutnya
Ingin saya berkongsi ilmu dengan para wanita Islam, mungkin ramai dah mengetahui keistimewaan diri kita sebagai wanita dan mungkin juga ada yang belum tahu sepenuhnya. Dengan ini saya ingin berkongsi info dgn para wanita Islam moga kita mendapat keistemewaan seperti yang berikut;
- Doa wanita lebih makbul daripada lelaki
- Wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh
- Barangsiapa menggembirakan anak perempuan, ALLAH S.W.T akan mengharamkan tubuhnya dari api Neraka
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan ditempatkan di Syurga bersama Rasullullah.
- Mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang menyukai anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
- Sesiapa yang mengajar 2 atau 3 anak perempuan atau anak saudara perempuan, bersikap ihsan serta mendidik mereka dengan penuh rasa takwa, maka baginya Syurga.
- Mendahului panggilan ibu dari bapa.
- Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya, dan dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suami, akan masuk ke Syurga tanpa dihisap.
- Wanita yang taat kepada suami, semua makhluk akan beristighfar kepadanya.
- Suami lebih besar haknya terhadap isterinya, dan ibu lebih besar haknya terhadap anak lelakinya.
- Wanita yang menjaga solat, puasa dan memelihara kehormatannya serta suaminya, akan masuk Syurga yang dikehendakinya.
- Wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama akan masuk ke Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (1000 tahun).
- Apabila seseorang wanita mengandung, malaikat akan beristighfar kepadanya, Allah S.W.t akan mencatat 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
- Apabila sesesorang wanita sakit hendak bersalin, maka ALLAH S.W.T akan mencatat baginya pahala seperti pahala orang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang wanita sakit melahirkan anak, maka terhapuslah dosanya seperti keadaan ibu melahirkanya.
- Wanita yang menyusui anaknya,setiap satu tegukan susu akan mendapat satu kebajikan.
- Ibu yang memelihara anaknya ketika sakit, dan tidak tidur semalaman akan mendapat pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba.
Baca Selanjutnya
|
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
Sekali sekala dapat balik kg seronok gak...Jumpa adik beradik walaupun Ibu bapa i dah meninggal dunia. Tak bermakna balik kg tu tak seronok, cuma serinya kurang. Setiap kali berkumpul adk beradik, kami buat byk aktiviti such as BBQ, jalan2, Shopping together-gether..Dinner ramai2, seronok sgt. Suasana bising dgn anak2 kami yang masih kecil, sekejap2 diaorang main sama2 pastu diaorang gaduh psl berebut barang mainan. Yang pusing nya para si ibu la kerna trpaksa pujuk anak masing2. hehehe
Baca Selanjutnya