Manusia Durjana

Salam buat para blogger semua...

Semalam negara kita dikejutkan lagi dengan kejadian2 yang cukup menyayat hati. Keganasan dan penderaan kepada kanak2..Aku cukup sedih dan geram sangat dgn manusia yg tak der hati perut tu.. Takder ke perasaan kasih dan kesian pada kanak2..

Peristiwa yg terdahulu pasal bayi 5 bulan kena liwat hingga meninggal.MasyaAllah, dasat betol manusia zaman skrg.Dunia dah nak kiamat agaknya..uol ingat lagi? rasanya sesapa pon tak kan lupa kan?..Kalau Iman dah takder dlm jiwa, perangai pon dah jadik mcm syaitan.. Anak adalah anugerah yg di kurniakan kpd kita utk dijaga dan dikasihi..

Sebelum ini pon dah byk kes2 sebegini yang berlaku. + dengan kes buang dan bunuh bayi..Perangai durjana2 ini lebih buruk dr sikap binatang..haiwan pon reti sayangkan anak..Di arap ler pihak berkuasa dpt menjatuhkan hukuman dgn seberatnya pd manusia kejam ini...


Baca Selanjutnya

Alya Tak Sihat

Salam..

Pagi ni, Alya kelihatan gelisah jer, skejap2 nangis. tak tau mana yang tak kena. Sekejap2 dia bersin, selsema agaknya, tp tak berhingus pulak.. Pastu dia batuk2, kesian sgt aku tgk, hati aku ckp sensitif kalau pasal anak2. Tgk Ayla terbatuk2 pon aku dah menitis air mata, tgk budak sekecil itu batuk sampaikan berair mata dia..

Alya kena suntik hepatitis B pada 22hb, hari Isnin..sejak kena cocok tu dia selalu terkejut dari tidur. Ni mesti pasal dia terkejut kena cocok. misi tu cocok time Alya tgh mamai. Tak sepatutnya baby di suntik time tido kan?..Malam tu dia selalu terkejut sambil nangis2..tido pon tak lena.

Tengok keadaan Ayla dlm sari dua lagi, dia akan ok ke tak. bukan aku tak nak bw p klinik, tp bayi 2 tahun ke bawah tak elok diberi ubat nanti bleh effect pada organ2 penting yang lain..kena cari alternatif lain la tuk cepatkan pulih batu dan selsema baby, lgpon byk petua2 yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu. Baik aku search dulu...


Baca Selanjutnya

Pengalaman Bersalin Anak ke Dua

Salam buat semua..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku dah selamat melahirkan anak ke 2 pada 19 Januari 2010..So, aku teringin sangat berkongsi pengalaman dengan kalian semua.

18hb aku mulai terasa sakit kat bahagian belakang, teringat saat sakit masa melahirkan anak pertama, cam gini la rasanya, so aku dah agak yg masanya dah tiba...Jadi aku tepon hubby yg ketika tu sdg bkerja di Terengganu. apa lagi, hubby terus balik. Tapi aku masih berlengah2 lagi tuk ke hospital pasal rasa sakit tu datang sekejap2 jer. tunggu la sakit kerap aku pegi arr..

Malam tu aku masih tak ke spital lagi, leh bergurau senda lg wp rasa sakit jgk kdg2..Hubby standby jer tunggu aku ajak p spital. Dia yang terlebih nervous drp aku..Aku cuba tidor wp tak ler nyenyak. Kul 1 pagi tu sakit makin kerap..tp aku sabar lg, kul 2.30 pg tu aku gerak gi spital sbb rasa makin sakit..dalam 15-20 minit skali, risau kot berlaku apa2 kalo terlewat nt.

Sampai Hospital Raja Perempuan Zainab II,tak ramai patient. Sekejap2 makin ramai ibu2 yang nak bersalin, semua yang dtg, aku tgk tgh sarat menanggung sakit, tp aku selamba jer lg. tak ler sakit sgt time tu. Bila tiba giliran aku tuk check jalan, aku mula la nervous. terkena pulak dgn doktor lelaki cina. Terpaksa la kangkang wp segan.Al maklum la aku tak biasa kangkang depan doktor lelaki. 'jalan' aku br terbuka 3cm, lmbt lg ler nak bersalin so aku kena masuk wad dulu...

Punyer la lama tgu nak masuk wad pasal doktor dan misi sibuk nak uruskan patient yg terpaksa ceaser. Ramai gak yg kena ceaser pg tu..masuk wad kul 6 pg..check jantung baby, misi kata jantung baby reactive, risau gak aku..pastu rest dulu kat katil, baru jer nak tido, misi dtg check, then doctor lak datang..kata doc. tgu aku sakit 5 minit skali baru check jalan pulak..kul 12.45 tgh doctor check jalan pulak pasal sakit aku makin kerap. 5 minit skali. 8cm dah jalan terbuka, kul 1 aku terus di bawa ke bilik bersalin.

Sampai kat katil, misi dtg check lagi dah pecahkan air ketuban. Terasa la sakit yg sgt kerap dan tak tertanggung rasanya. doktor kata 2 jam lagi baru aku leh teran..Ya Allah sakit sangat, aku rasa nak teran ajer wp belom cukup 2 jam. aku cakap dgn misi kat situ yg aku nak teran sbb dah tak tahan sgt. Misi pun kesian tgk aku menanggung sakit, dia genggam tangan aku dan minta aku bersabar. aku dah gelisah, pusing kiri, pusing kanan serba tak kena. kali ni tak dpt nak fokus sgt. maksud aku tak dpt nak kontrol sakit dan lawan sakit tu..Misi tu pon pegi pgl hubby masuk.. Gelisah jer aku tgk hubby, aku genggam tgn dia kuat2 pasal dah tak tahan sgt.aku teran jer..hubby kata jgn teran lagi nt tak der tenaga tuk bersalin nt..tp aku dah tak kisah dah ape hubby ckp, yang ada dlm kepala aku, aku nak teran dan akhiri kesakitan yang teramat sgt ni.

Tiba saatnya aku teran sekuat2nya, 2 orang misi yang merawat aku. diaorang bagi semangat tuk aku. Hubby kat sebelah pon tak putus2 bagi semangat kat aku. Aku dah tak larat dan hampir kehilangan tenaga. Rasa pedih yang teramat sgt disaat baby nak kuar. Baru kepala baby nak kuar aku stop, pasal kepenatan. Tarik nafas dan terus teran, akhir nya tepat kul 3.15pm, kuarlah seorang baby girl..Terkejut gak psl scan sebelum ni doktor kata baby aku boy. Hubby pon turut terkejut, kerana dia teramat menginginkan anak lelaki.Tp aku tetap hepi dan lega..begitu jg hubby.Selepas mengazankan baby, hubby terpaksa kuar...

Ingat kan dah settle semua, rupanya tidak kerana aku tumpah darah pulak. begitu banyak darah dah HB aku pun tinggi, tekanan darah pun tinggi. doktor sdiri heran camne tekanan darah aku masih lg tinggi wp aku mengalami tumpah darah. Ubat di masukkan di kiri kanan tangan aku. Darah pula di ambil setiap jam. Selepas bersalin tadi aku kena gak jahit, tapi tak byk cuma 4 jahitan jer, tp tak sakit sgt pasal aku kepenatan. Aku rest dulu kat katil tu selama 7 jam, kerana doktor nak pantau tekanan darah aku.. Akhirnya kul 10 malam baru aku dibenarkan balik ke wad..baby seiras cam kakak dia..Berat baby 3.1kg. Keesokkannya aku di benarkan keluar pukul 5 ptg.Sebelum kuar baby kena amik darah kerna nak check kuning..nsb baik bacaannyer cuma 100.Aku puji la layanan misi kat HRPZII, yg merawat aku masa bersalin ler,.depa layan aku dgn baik skali.. :) Alhamdulillah.
Inilah Puteriku yang ke 2. Namanya Alya Safra.




Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin