FADHILAT SOLAT TERAWIH

UPDATE : Fadhilat Solat Terawih Dibawah adalah PALSU - Kredit Portal Jakim Terengganu

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."


Baca Selanjutnya

Salam Ramadhan Buat Para Blogger

"Salam Ramadhan"

Esok kita dah mula berpuasa.....Syukur Alhamdulillah kerana puasa tahun ni kita masih berkesempatan tuk menjalani ibadah puasa ni....
Malam ni bermulalah solat terawih.....mesti meriah kat surau2 dan masjid.....
Jiran2 semua dah balik kampung, sunyi sepi sekitar umah aku ni......
Bestnya kalo dapat balik berpuasa kat kg...

Pagi tadi punya lah ramai orang kat kedai....
semua sibuk tuk persiapan bersahur dan tuk berbuka esok.....
aku beli ala kadar jer..
lagipun lauk pauk semua dah ada...
bagi home chef cam aku ni...mesti tgh berpikir lauk apa nak masak tuk bersahur n berbuka nanti kan..??
dah ada idea ke?

Dikesempatan ini aku nak mohon maap la pada semua kiranya ada tulisan atau coretan aku yg menguris hati dan perasaan korang yee...
Aku doakan moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dgn sempurna...
Amin.

p/s: Bulan Ramadhan Bulan Beribadah....
banyak2 kanlah buat ibadah yeee..




Baca Selanjutnya

Fadhilat Puasa Bulan Ramadhan

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani...
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:

"Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."

(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."








Baca Selanjutnya

Oh!! Anai-Anai

Salam buat semua..

Lega rasa hati bila anai2 killer dah dtg...habis depa geledah umah aku..busuk nyer bau racun anai2...depa tebuk mana2 pintu yg dihuni oleh sang anai2..dah setahun lebih kami dok berperang dgn serangga kecik ni...Cepat betoi sang anai2 ni buat sarang, hinggakan pintu utama umah aku ni pun penuh dgn koloni anai2...Kalau la umah ni umah kayu sepenuhnya, aku rasa dah runtuh dek serangan anai2 ni...

Aku stay kat kuarters, rupanya penghuni yg sebelum ni pun pernah hadapi masalah yg sama...Pintu dah memang kena tukar baru, bingkai2 pintu bilik pun kena ditukar gak...tak tahan tau mai dgn anai2 ni, bila dah terlalu byk, hinggakan aku dapat dengar pergerakan serangga ni..Nak pindah umah baru, semua dah full, kalo pasni masalah ni berulang lagi, nampaknya kena la aku menyewa kat luar...Dok kuarters ni senang, hubby gi keje dkt sgt dah, 5 minit dah sampai...nyaman lagi, dah dok sebelah bukit...siang hari tu tak ler rasa panas sangat....arapnya, tak der lagi lah anai2 ni nanti yeee...Kata pekerja tadi, nanti depa akan tebuk lantai umah untuk tanam ubat anai2..


Baca Selanjutnya

"Biarlah kali ini sampai mati"



TINGGALKAN spekulasi dan hindarkan daripada melemparkan dakwaan yang bukan-bukan. Sebaliknya, doakanlah kebahagiaan pasangan merpati sejoli ini yang baru saja bergelar suami isteri.

Itulah harapan yang dipanjatkan oleh komposer terkenal, Mohd. Faizal Maas atau Ajai yang memilih Norliza Mohamad Ilias atau Liza sebagai suri di hati.

Seluruh kerabat seni sebelum ini sedia maklum, Ajai dan Liza adalah pasangan kekasih.

Perkara itu bukan rahsia lagi, lebih-lebih lagi sejak setahun yang lalu, Ajai dan Liza sering dilihat berdua dalam pelbagai acara.

Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi terkenal, Nurul berakhir, Ajai pada awalnya pernah terfikir untuk melupakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Ini kerana, pengalaman gagal dalam perkahwinan pertama seperti 'mimpi ngeri' buat komposer yang juga seorang penyanyi masyhur ini lagi.

Namun, kalau sudah namanya takdir, Ajai tidak mampu menolaknya, jauh sekali untuk bercakap takbur menghindar jodoh yang ditetapkan buatnya.

"Pada awalnya, saya bimbang akan gagal dan kecewa lagi, tetapi bila difikir-fikirkan, siapa saya untuk menghalang ketentuan Ilahi.

"Saya terima jodoh saya kali ini dan tentunya saya tidak lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar perkahwinan saya kali ini kekal sampai mati," Ajai menyuarakan harapannya.

Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi terkenal, Nurul berakhir, Ajai pada awalnya pernah terfikir untuk melupakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Ini kerana, pengalaman gagal dalam perkahwinan pertama seperti 'mimpi ngeri' buat komposer yang juga seorang penyanyi masyhur ini lagi.

Namun, kalau sudah namanya takdir, Ajai tidak mampu menolaknya, jauh sekali untuk bercakap takbur menghindar jodoh yang ditetapkan buatnya.

"Pada awalnya, saya bimbang akan gagal dan kecewa lagi, tetapi bila difikir-fikirkan, siapa saya untuk menghalang ketentuan Ilahi.

"Saya terima jodoh saya kali ini dan tentunya saya tidak lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar perkahwinan saya kali ini kekal sampai mati," Ajai menyuarakan harapannya.

p/s: selamat pengantin baru..
(http://utusan.com.my)


Baca Selanjutnya

Patut Ke Cakap Gitu...?



Apa kata kita borak pasal politik jap....Apa komen you all tentang kartun di atas?.. Tapi tak ramai orang perempuan yang suka discus pasal politik ni kan..pada sesapa yang berminat nak komen, silalah komen yee..


Baca Selanjutnya

Ramadhan Menjelang Tiba

Salam....
Lagi 3 hari kita dah nak berpuasa...Seronok dapat sambut Ramadhan, ntah berkesempatan @ tidak ni..yee la ajal maut di tgn Tuhan..mane la tahu tak dan nak sambut Ramadhan, ajal dah tiba..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..Camner persediaan Ramadhan tahun ni...yeee la asyik citer pasal persediaan raya jer..posa pun lum lagi ni..:-)

Bulan Ramadhan ni bulan yg cukup mulia dan perbanyakkanlah amalan kita untuk bekalan di akhirat nanti..Tahun ni mungkin aku tak kerap menjengah juadah kat pasar2 Ramadhan..musim2 virus H1N1 ni, takut la nak pegi tempat umum....secara tak langsung, bajet pun save thn ni, heheh. Kalo pegi pasar Ramadhan gak, mesti byk yg nak di beli, akmaklum la puasa....pastu balik umah, bukannya makan semuanya...camtu lah tiap2 tahun..membazir, tahun ni tak nak doh membazir cam selalu...


Baca Selanjutnya

Nak story Niiii..

Salam buat semua...

Lama tak post artikel baru ni, rasa cam blur lak nak mencurahkan idea dan citer..padahal byk citer yg nak dikongsi sepanjang percutian kat kg...cian kat anak dara aku...layan cartoon jer la dah tak der member. Kat kg suka sgt la dia dah ramai sepupu yang bleh teman dia bermain... Sabar yee sayang tahun depan sayang akan ada adik..InsyaAllah..

Citer H1N1 kat sini pun dah makin sepi, padahal kes ni masih berleluasa, semalam kuar jalan2 tepi pantai...ramai giler orang, jem lg jalan..takder sorang pun yg pakai topeng muka..Selamber jer semua... cam takder apa yg nak dirisaukan...Malam semalam lak hubby ajak g tgk konsert THR..ishhh, tak nak lah... Kita nak hindarkan diri dr tempat umum, dia ajak gi tgk konsert lak..nak beli topeng muka pun, stok dah habis... Aku tak nak kuar mane2 la..risau la sbb aku tgh pregnant...wanita hamil berisiko tinggi tuk kena virus ni..Aku risaukan baby jer....Baik dok umah layan internet...:)


Baca Selanjutnya

Hai....Rindunyerrrr....

Salam buat semua...
Aku still dok kg lagi, takut nak balik Dungun..cos tempat kuarantin bebudak yg kena H1N1 tu depan umah aku jerr...
kalo aku tak pregnant tu berani la jgk nak pegi..
Kesian Hubby kena jadik orang bujang dah hampir 2 minggu..sabar tuk seminggu lagi ye B...:-) Rindu sgt nak online and update my blog ni, mitak gak hubby tlg update kan tapi, dia tak buat pun..busy ngan keje and blog2 dia la kot..
Seronok gak dapat bercuti kat kg lama2..
bukan selalu dpt peluang camni..
Tapi kat Kelate dgr dah sampai virus ni..
so, mana2 tempat pun tak selamat skrg..Berita tadi plak lagi menggemparkan
bila ada virus baru kat China,
virus yang boleh membunuh dalam masa 24jam..
macam2 penyakit brbahaya skrg ni...
next week leh la nak layan blog ni puas...
pada semua follower n pengunjung, thanks coz sudi jengah blog aku...


Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin