Result Rayuan KPLI Keluar Hari Ni.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni kawan aku cakap, result rayuan kpli kuar. Aku try loggin web www.emoe.gov.my pagi ni tapi tak bleh. Mesti traffic web tu tgh jem. Ye laa, masing2 tak sabar nak tau result rayuan mereka cam mana. Tahun ni aku stop apply KPLI, hubby kata udah2 la tu mintak, dah 7 kali berturut2 aku apply tapi tak pernah dapat pun, tak paham2 lagi ke hubby kata. Aku frust gak tak mintak, dah 7 tahun aku apply, tup2 tahun ni tak, rasa janggal la jugak. Bagi aku baik apply selagi masih layak. Mana la tau kot2 ada rezeki.

Walaupun aku tak apply tahn ni, aku tetap excited nak tau result bagi kawan2 aku yg apply. Mereka pun sama ngan aku gak, dah berkali mtk tapi masih tak der rezeki, tapi untuk tahun lepas, ramai gak kwn aku yang bernasib baik, dapat.Tahun ni masih belum ada kwn aku yg berjaya, aku jg mendoakan mereka moga dapat la KPLI tahun ni, Kesian kat kami2 ni. Bagi yang dah ada kerja tp still apply KPLI agaknya mereka tak frust sgt. Walaupun keje swasta tapi gj korang dah survive. Bagi kami yg msh menganggur ni, frust giler laa.. Harapkan ada suami jer yg tanggung.

Salah satu sebab aku tak apply tahun ni pasal aku nak mengandung, dan Alhamdulillah tercapai gak hasrat aku. Skrg aku dah hamil, Syukur Alhamdulillah. Walaupun aku apply tahun ni dan ditakdirkan dapat laa..(angan2 mek jenin heheh) wp mgandung tp boleh postpone ke tahun kemudiaannya. Peluang tuk apply KPLI ada lagi 3 kali, tempoh maksima kelayakan umur utk apply KPLI ialah 35 tahun. Walaupun kebarangkalian tuk dapat tu sgt tipis tapi apa salahnya kami mencuba yee..Tapi hubby aku dah tak bg mintak..huhuhuu.

Kepada korang yg mintak KPLI aku harapkan tahun ni ada la rezeki tuk korang. Kalau tak berjaya cuba lagi dan lagi, mana la tau last2 dapat kan...Aku sentiasa mendokan yang terbaik buat kawan2 aku. Kalau dapat nanti jgn lupa bgtau aku yee.. Boleh kita kongsi kegembiraan ni sama2.


Baca Selanjutnya

Zamarul Hisham dan Diana Rafar dah Kahwin.


Tanggal 16 Mei 2009, Zamarul Hisham dan Diana Rafar selamat diijabkabulkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pukul 10.30 pagi. Dengan sekali lafaz, Diana dah sah menajdi isteri kepada pelakon hebat Zamarul Hisham.Setelah 8 tahun menjalinkan hubungan cinta akhirnya ada jodoh juga di antara mereka yee.. Bak kata pepatah "Kalau dah jodoh, takkan lari gunung dikejar". Semoga perkahwinan mereka ini berkekalan hingga ke akhir hayat la hendaknya ye. Dah 8 tahun mengenali hati budi masing2 mesti mereka dah saling memahami sikap masing2. Pada semua peminat mereka sentiasa lah mendoakan yang terbaik buat mereka.

Aku berharap sangat hubungan mereka tidak di landa 'bencana' seperti artis2 lain. Cerai-berai di kalangan artis dah jadi macam trend plak sekarang ni. Terlampau banyak dugaan dan godaan dalam dunia hiburan ni. So, Zamarul dan Diana yang dah lama dalam bidang ni mesti sangat2 memahami la situasi mereka. Selamat menempuhi alam berumahtangga. Semoga cepat2 la timang anak yee..kunjungi Oh! Artis , banyak lagi gambar2 kahwin mereka yang menarik.


Baca Selanjutnya

Hafiz Memang Juara AF 7




Tahniah bt hafiz, akhirnya menang juga..Puas hati aku, walaupun aku tak vote dia..heheheh tak per la, dah ramai yg tlg vote bg pihak aku..kalau dah memang suara best mesti jd juara kan..tahniah jgk buat pelajar2 yg lain.. janji dah masuk final, kira best la tu..
Tapi lagu2 first round tu memang mbosankan la bg aku. Adlin pun rasa gtu gak..korang? cuba la bagi lagu yang rancak2 ckit barulah penonton pun enjoy.. asyil lagu balada jer..ngantuk beb..Aku pun tukar2 chanel smalam kejap tgk tv3, kejap2 tgk tv2. dah boring sgt diaorang nyanyi. Suara Akim tuk lagu faizal tahir tu dah macam serak2. Tak sampai jer bunyinya..

Hafiz dapat kereta Honda tuuu.. bestnya jadi juara. Hadiah semua best2, mesti Aril sedih giler tak dapat jadi juara. Masa pemgumuman tu nampak cam Aril confident jer yang dia juara. Tapi dah rezeki Hafiz nak buat macam mana yee..anyway tahniah buat hafiz. semoga berjaya menjadi penghibur yang berjaya dan di senangi serta di sayangi oleh para peminat.. jangan lupa diri yee..Ingat, kerana jasa pengundi la awak boleh menjadi seorang juara. You deserve to be a champion AF 7.


Baca Selanjutnya

Cerita INTAN

Assalamualaikum...

INTAN di Astro 105 setiap isnin - jumaat pukul 11 malam. Bagi sesapa yang mengikuti citer ni mesti tahu apa yang mereka rasai sekarang. Mlm ni episod ke 234 (lama giler) kalau tak silap aku, sejak Intan dan Rado dah berkahwin, aku ingatkan dah finishing. Rupa2nya belum lg, terus mengisahkan pulak cerita ttg anaknya. Boring dah aku rasa bila dah tak ada isu2 menarik spt dulu. Isu yang kecil pun di pjgkan hingga 2 dan 3 hari.

Aku ikuti citer ni sejak episod 1 lg, awal2 citer ni memang best kerana jalan critenya lain dari citer indonesia yg lain. Watak yang paling menarik dalam citer ni adalah watak ibu mertua intan, ibu kepada ello yang di bawa oleh Meriam Belina. memang best lakonan dia. Apa yang pasti, skrg aku dah boring tgk citer ni, rasanya bukan aku sorang kot...cepat2 lah abis citer INTAN ni. Aku nak tgk citer baru laak..


Baca Selanjutnya

Ganas Isteri Zaman Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kisahnya 4 tahun lepas, seorang isteri yang bunuh suaminya dengan cara mencekik leher selepas suaminya menikmati hidangan lauk kari yang di bubuh ubat tidur oleh isterinya sewaktu berbuka puasa..Ish3 dah ler di bulan yang mulia, sanggup si isteri tu membunuh suaminya iaitu seorang pengarah urusan di syarikat kitar semula Reyaz Ahamed Maruf, 39. Apa nak jadi dengan zaman sekarang yeee....Walau apa pun masalahnya, mesti ada jalan penyelesaiannya, tak perlulah sampai nak membunuh. Macamni lah kalau dah tak kuat imannya..

Hari ini 14 Mei 2009,Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada si isteri, aku rasa itulah hukuman yang sewajarnya di jatuhkan ke atas Shamim Bano Mohammed Faroque, 41 dan sepupunya yang sama2 bersubahat iaitu Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39. Kemudian mayat si suami di tanam belakang rumah sedalam 4 meter.

Mintak di jauhkankan lah dari perbuatan ganas dan tak bertamadun seperti tu...Apa yang semua para isteri inginkan ialah utk menjadi seorang isteri yg mithali kan?? Selalu lah kita para isteri memanjatkan doa pada Ilahi agar di kuatkan iman dan di jauhkan dari perbuatan menderhaka pada isteri, apatah lagi seperti kes Shamim Bano.


Baca Selanjutnya

Talasemia

Korang dah pergi check ke talasemia? yee.. la nak jugak tahu kan, yang diri kita ni pembawa penyakit talasemia atau tak..Aku? heheheh aku sendiri pun belum check lagi, asyik tangguh jer. Tapi perasaan ingin tahu tu membuak2 dalam diri aku ni, samaada aku pembawa Talasemia atau tak.
Penyakit Talasemia ni penyakit keturunan tau, maknanya penyakit yang akan di wariskan kepada kita sekiranya ibu bapa kita pembawa Talasemia. Ia juga di panggil penyakit anemia iaitu kecacatan darah. 1 dalam 20 rakyat Malaysia pembawa gen Talasemia.

Punca :

  • Ibu @ bapa yang pembawa Talasemia (kalau ibu @ bapa kita ada talasemia kemungkinan 50% kita akan di jangkati)
Tanda dan Gejala :
  • Pada awal kelahiran, kanak2 kelihatan normal tapi bila berusia 3 - 18 bulan, masalah anemia mula kelihatan.
  • Kelihatan pucat, resah dan lemah
  • Kesukaran bernafas bila di tahap yang serius
  • Jaundis (demam kuning)
  • Perut buncit akibat hati dan limpa bengkak
  • tumbesaran terbantut
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal( tanda lewat)
Rawatan :
  • Pesakit perlu menjalani tranfusi darah setiap bulan( tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan menyebabkan pesakit meninggal dunia di usia remaja )
Langkah Pencegahan :
  • Elak perkahwinan di kalangan pembawa
Amat penting la bagi korang yang belum kahwin masih belum terlambat utk buat pemeriksaan . Semestinya kita nak zuriat yang sihat kan? Bagi aku yang dah kawin ni, redha je laa..

sumber: http://www.infosihat.gov.my


Baca Selanjutnya

Lalola...


Apa tu Lalola? kalau korang tengok telenovela Argentina di tv3 jam 3.30 ptg setiap isnin hingga khamis, mesti korang tahu.. Bagi aku criter itu memang menarik, lain dari yang lain,. Aku dah boring asyik tengok criter jiwang jerr..sorry to say la yee.. cerita Melayu kebanyakannya berkisahkan cerita cinta.. boring gak asyik cinta je.

Cerita komedi ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ramiro "Lalo" Padilla (Juan Gil Navarro) yang bekerja di syarikat media terkemuka iaitu High Five, sebagai pengarah editor majalah DON. Lalo adalah seorang yang suka bersama wanita cantik, salah seorang di antara wanita tersebut bernama Romina.. Romina amat menyayangi Lalo, tetapi Lalo tidak mahu ada komitmen dengan Romina. Setelah Romina tahu yang Lalo tidak menyintainya, dia mula mengupah seorang ahli sihir dan meminta ahli sihir tersebut menukar Lalo menjadi seorang wanita yang cantik, kerana Romina ingin Lalo mengetahui bagaimana perasaan seorang wanita yang kecewa..

Sihir wanita itu telah berjaya dan ini amat mengejutkan Lalo.. Lalo kini berada dalam tubuh seorang wanita, dia tidak mungkin dapat kembali bekerja dalam keadaan begitu, sekiranya dia berterus terang, tak mungkin kawan2 di tempat kerjanya akan percaya. Oleh itu, Lalo terpaksa menyamar menjadi sepupu Lalo dengan nama Dolores "Lola" Padilla (Carla Peterson). Dia memberi alasan yang Lalo telah pulang ke Germany untuk melawat ayahnya yang sakit, hanya dengan alasan itu Lalo dapat kembali pada jawatan dan kerjanya..

Bermula di saat itu, berbagai peristiwa lucu yang berlaku. Lalo telah di bantu oleh kawan baiknya iaitu Grace untuk membantunya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Lalo mula memakai kasut bertumit tinggi, skirt, merasai datang bulan / period (menstruation) dan sebagainya.. Lalo juga mulai sedar bagaimana sikap sebenar kawan baiknya di pejabat iaitu Gaston, yang ingin merebut jawatan pengarah yang di pegang oleh Lalo. Gaston adalah seorang yang 'talam dua muka'. Tanpa disedari juga, Lalo @ Lola mulai jatuh cinta dengan salah seorang staff di High Five iaitu Facundo... Bagaimana kesudahannya?. Masih belum terlambat untuk anda saksikan di tv3 yeee.. Ia pasti mencuit hati anda kerana ia penuh dengan gelak ketawa. Kalau anda stress tu, rasanya cerita itu dapat meredakan stress anda..

Selamat menonton!!!!


Baca Selanjutnya

Selamat Hari Ibu..

Oh! Ibu Kau disiram bayu pagi Kehilangan terasa kini Dan kesepian Dan aku Bagai purnama gerhana Di ibarat lautan kering Tiada tempat ku layarkan."...

Setiap kali ku dengar dendangan lagu exist ini, setiap kali itulah hatiku cukup tersentuh, air mataku begitu mudah mengalir, hati jadi cukup sayu.."oh Ibu" :( .. setiap bait-bait ayat dalam lagu ini ibarat meluahkankan apa yang tersirat dalam hatiku..Kini, aku telah kehilangan seorang ibu, insan yang paling ku sayang, masih teringat detik2 akhir aku bersama ibu..saat ibu menghembuskan nafas terakhir, aku begitu setia di sisinya.. Selama 2 hari ibuku koma bermula di HuSM, Sebelum ibuku koma, akulah orang terakhir yang yang ibu ingati, bila ku pulang untuk mandi dan pergi kerja pukul 5 pagi ketika itu, giliran kakaku pula yang menjaga ibu, bila saja aku pulang, ibu mula tak sedarkan diri, apa yang keluar dari mulut ibu adalah namaku, ibu memanggil2 namaku, selang 15 minit selepas itu, ibu mula tak sedarkan diri, apa yang paling aku sesali ialah aku tak sempat meminta ampun dari ibu di saat ibu bersama aku malam itu..

Esoknya, doktor memberitahu yang mereka tidak dapat menyelamatkan ibu lagi..Ya Allah, aku rebah longlai di katil ibu..Air mataku laju mengalir, Tapi aku ibarat hanyut, tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling, aku bagai bermain dengan fikiran sendiri, bila ku sedar, aku mengucap panjang, baru ku dengar tangisan dari orang sekeliling, Kami membawa ibu pulang ke rumah, kerana ibu telah berpesan pada kami yang ibu ingin menghembuskan nafas terakhir di rumah..

Hampir 2 hari ibu berada dalam keadaan koma di rumah, kami adik beradik dan saudara mara tak henti2 membaca surah Yasin untuk ibu, aku tidak pergi jauh dari ibu, tangan kurus ibu ke gengam seerat-eratnya, kerana aku tahu itulah sentuhan terakhir di antara kami..aku ingin sentiasa berada di sisi ibu di saat2 akhir ibu..Aku cuba tabahkan hati setabah yang boleh..
pada 28hb April 2005, jam 4.31ptg khamis, serentak dengan azan Asar berkumandang, ibu telah menghembuskan nafas2 terakhir..Aku pasrah dan redha dengan pemergian ibu, sesengguhnya Allah lebih meyayangi ibu.. Aku turut serta memandikan ibu, dapat juga ku belai ibu disaat2 terakhir itu..Selepas waktu maghrib, ibu telah di kuburkan.. Kini ibu telah meninggalkan anaknya seramai 9 orang, ibu mengikuti ayahku yang telah meninggal 21 tahun yang lalu.. kini tinggal lah kami adik beradik menjadi anak yatim piatu..

Apa yang menyedihkan aku, ibu telah meninggal selepas 2 bulan aku berkahwin, tidak sempat aku ingin menyampaikan berita gembira yang aku telah mengandug,. Kini aku sudah mempunyai seorang puteri yang sudah berumur 4 tahun, akan ku didik anakku seperti ibu mendidikku, ibu adalah idolaku, aku ingin menjadi seperti ibu, selama membesarkan kami, ibu cukup tabah dan hatinya cukup kental dalam mencari rezeki untuk kami, ibu membesarkan kami seorang diri tanpa ayahku disisi, aku cukup bangga dengan ibu, Hanya doa2 yang dapatku berikan pada mu ibu, demi menebus segala dosa2ku terhadapmu ibu..Semoga Tuhan Yang Esa telah mengampuni dosa2 ibu, Oh, Ibu, damailah engkau di sana, ku taburi doa mewangi, hadiah dari anakmu..

Kepada anda yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka, kerana bila mereka 'tiada' nanti kita akan rasa menyesal kerana tidak dapat beri yang terbaik buat ibu, peluklah ibu anda sayangilah mereka seperti mereka menyayangi kita..nikmatilah saat2 anda bersama ibu, bila mereka tiada nanti, sekurangnya2 anda akan rasa puas hati kerana telah memberi yang terbaik untuk ibu....

'SELAMAT HARI IBU" buat semua ibu2 dan juga buat diriku..


Baca Selanjutnya

Motivasi Diri Sendiri

Assalamualaikum...

Sebagai seorang blogger yang baru ni, memang kekok dan blur sikit untuk menulis artikel. Pada awalnya tak tau nak tulis apa. Macam2 bermain di fikiran, ada yang tak yakin dengan tulisan diri sendiri.. padahal apa2 saja boleh ditulis, nanti secara automatik idea akan datang.. Mesti ramai blogger macam aku ni hadapi situasi macam ni... Mungkin ada sesetengan blogger yang mula putus asa kerana rasa tidak yakin dengan artikel sendiri..
Dengan ini, aku ingin memotivasikan diri sendiri agar terus berusaha dan jangan cepat putus asa. Kalau dah blur sangat, cuba la baca blog orang lain untuk dapatkan idea. jangan copy and paste dah..hehehe.. Yang penting terus berusaha untuk menjadi seorang blogger yang berjaya..Bak kata pepatah "Usaha Tangga Kejayaan"


Baca Selanjutnya

Welcome to my new blog

salam....

Nak testing je ni...intro tuk blog baru. Dapat buat catatan pasal apa saja yang aku nak tulis..
At the same time..dapat gak aku improve penulisan aku..Kira ni platform tuk aku.


Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin