Selsema Babi a.k.a H1N1 @ Dungun???

Salam...
Pagi td hubby sms bagitahu jangan kuar umah...Ish..naper lak ni..
takkan ada terrorist @ rusuhan lak yang berlaku kat sini...
aku terus kol dia..takut jugak dalam hati ni..dok terpikir
apehalll??
Hubby citer la yang kat UiTM Dungun ni dah ada mangsa H1N1..
dah 10 orang student di dapati terkena wabak ni..
seram gak aku...sebelum ni tak ler rasa apa2 kalau dgr psl wabak
ni..dah tak berlaku tempat kita..
tp kalo dah berlaku kat tempat sendiri...
eemmm berdiri gak bulu roma...
UiTM Dungun dah diistiharkan cuti selama seminggu
dalam berita semalam UiTM Perak dan UiTM Penang
yang cuti...
Arrrgghhhhh..aku nak kuar dari Dungun ni..
aku risaukan keselamatan kesihatan familyku..
Hubby la yang berisiko leh terkena jangkitan virus ni..
tapi nau'zubillah...dah dia kena berurusan dengan student..
manelah tahu kalau2 yang berurusan dgn dia tu mangsa H1N1..
Hubby kol cakap nak hantar aku balik kg ptg ni..
seronok leh dok kg seminggu..
tp jangan lah balik dengan bawak virus..nanti
jadik kes besar lak..

p/s: Pada kengkawan, tlg doakan moga kami selamat dari virus ni yeee..Tq..
seminggu la tak dapat nak online nanti..huhuhu..



Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.


Baca Selanjutnya

Pagi Khamis 23 July...

Salam Pagi buat semua blogger...
Mata dah ngantuk la pulak..kul 5 lg bangun sahur...just minum milo n i suam 2 gelas...tak selera nak makan nasi..ari ni last la puasa ganti aku..hari ni dah 1 Syaaban, lagi sebulan kita akan berpuasa..tahun ni puasa aku penuh la agaknya, dah tgh pregnant...tak sibuk2 la nak puasa ganti lak nanti, tp puasa2 sunat tu tak leh la nak lupa..kena la buat tuk 'bekalan' seumur hidup nanti....Rajin jer aku pagi2 ni, pas sahur, solat..terasa nak ubah posisi perabot la pulak..angkat la aku sorang2 susun atur perabot....tukar posisi la, asyik posisi same jer boring gak...

Kain dah siap dibasuh, sat gi la jemur..layan blog dulu lah, semalam tak sempat nak layan dah tgk citer tv2 best jer semalam...terkejut hubby bgn pagi ni cos posisi perabot umah kami dah berubah..."ibu buat camner?" "angkat sorang2 ke?" aaaa iyeee lah..nak angkat ngan saper lagi dah aku sorang jer yg ada...pas salam n cium2 dia dah pegi keje..kena gi awal la keje, kalo lewat ckit penuh student2 kat atas jalan, depa bukan jalan kat tepi...tp jalan atas jalan terus...kete nak lalu pon susah...

My princess still syok dibuai mimpi..cam nak join jer kejap agi...hehehheh...


Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.


Baca Selanjutnya

Apa Kata Anda Mengenai PPSMI?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sejak PPSMI di laksanakan sehinggalah PPSMI dimansuhkan, ramai orang sibuk mempersoalkan keberkesanannya. Aku juga nak berikan pendapat aku sendiri pasal isu ni...PPSMI ada pro dan kontranya..so kalau nak perdebatkan takkan habis, isu ini lebih hangat bila ia telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak..Kesimpulan dari perbahasan dan perbincangan yang aku dengar dari setiap pihak aku berpendapat PPSMI sememangnya patut dimansuhkan...sebabnya mudah ajer..kita balik pada persoalan asasnya..kenapa perlu PPSMI diwujudkan pada tahun 2003??..sebabnya kurang penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar..jadi di sini jelaslah yang puncanya adalah kelemahan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris..

Ini masalah simple jer, bila dah nampak kelemahan pada pembelajaran dan penguasaan BI jadi kerajaan perlulah menambahbaikan skop pengajaran BI, sediakan modal untuk menambahkan sumber2 untuk pengajaran. Rupa2nya 14 ribu negara kita kekurangan guru BI..so camner BI nak diperkasakan? Perbaiki dulu apa2 kelemahan yang ada dalam sitem penbelajaran BI. Mengikut kajian yang dilakukan di setiap negeri mengenai keberkesanan PPSMI, keputusannya menunjukkan PPSMI tidak berjaya sepenuhnya..Sebab itulah kerajaan telah mengambil keputusan untuk memansuhkan PPSMI...Tidakkah pembaziran telah berlaku disitu..Dan mangsa adalah pelajar dan guru2..

Ada sesetengah guru yang mengajar Sains dan Matematik cukup tertekan dengan pelaksanaan PPSMI, mereka yang mahir dalam bidang sains dan matematik telah dipaksa untuk mengajar dalam bidang yang bukan kemahiran mereka..sehingga ada guru yang dah tak sanggup lagi mengajar..Tapi nasib baik lah PPSMI ini telah dimansuhkan setelah 7 tahun pelaksanaannya sebelum ia berterusan untuk beberapa tahun akan datang.takat ni lah komen dan pendapat aku..kalau korang nak komen dipersilakan....


Baca Selanjutnya

Pilih Minyak Yang Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang berdiet fikir untuk menurunkan berat badan, perlu mengamalkan makanan yang rebus dan kukus sahaja. Makanan bergoreng mesti dielakkan sama sekali. Ada juga benarnya sedikit, tetapi tidak perlulah sampai menggelak terus makanan bergoreng. Sesekali boleh juga menikmatinya. Sebenarnya, ia bergantung kepada minyak yang anda gunakan untuk menggoreng.
Di bawah adalah senarai minyak dan peratus kolestorel yang terdapat dalam minyak tersebut:

Jenis Minyak

% Saturated Fat (lemak tidak baik)

% Polyunsaturated Fat (lemak baik)

% Monosaturated Fat (lemak baik)

Minyak Kanola

6

36

58

Minyak Safflower

9

78

13

Minyak Matahari

11

69

20

Minyak Avokado

12

14

74

Minyak Jagung

13

62

25

Minyak Zaitun

15

11

73

Minyak Soya

15

61

24

Minyak Kacang

18

34

48

Minyak Sawit

51

10

39

Minyak Kelapa

92

2

6

Minyak Mentega

66

4

30


Melalui jadual di atas, tahulah kita bahawa minyak yang baik untuk kita adalah minyak yang mengandungi monosaturated dan polyunsaturated fat lebih banyak berbanding yang mengandungi saturated dan trans fat.

p/s: Walau bagaimana baik sekalipun minyak tersebut, anda disarankan agar tidak menggunakan minyak yang sama berulang kali.

sumber:Majalah Wanita (22 Mei 2009)


Baca Selanjutnya

Peristiwa Isra' Mikraj

Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w. Perintah yang diterima sejak 1,430 tahun lalu itu kemudian terus diamalkan sehingga hari ini. Solat dilakukan sama ada secara berjemaah mahu pun bersendirian - tetapi masih terdapat umat Islam langsung tidak mahu menunaikan ibadat tersebut.

Solat adalah tiang agama..sesiapa yang tidak mengerjakan solat, bagaimanakah mereka mendirikan dan meneguhkan iman dalam diri mereka. Sedangkan asas utama keimanan itu tidak disempurnakan...Tidak dinafikan, ramai orang Islam sekarang tidak menunaikan solat..Patutkah kita menganggap mereka sebagai orang Islam?? Tidak sembahyang, tapi mengaku diri itu Islam..Insaflah wahai umat Islam, jangan biarkan diri kita hanyut dengan hasutan syaitan, yang ingin membawa kita bersama mereka ke neraka jahanam..Na'uzubillah..


Baca Selanjutnya

Darah Bayi DiCemari Bahan Kimia

Kalau you all tengok buletin utama malam ni mesti you all tahu pasal darah bayi yang baru lahir pun dah dicemari bahan kimia. Sekurang2nya terdapat 8 jenis bahan kimia dalam darah bayi yang baru lahir. Sebagai ibu yang sedang hamil, aku rasa elok info ni dikongsi bersama dengan para ibu yang sedang hamil..Mengapa ini terjadi?? Kesan dari pencemaran dalam darah ni boleh menyebabkan tumbesaran bayi akan terbantut dan sekiranya bayi itu perempuan, bahan kimia tersebut boleh memberi kesan yang tidak sihat pada sistem peranakan bayi itu..Puncanya..

Semestinya ia berpunca dari si ibu, sekiranya si ibu terdedah dengan bahan plastik seperti sering menggunakan bahan plastik secara berulang kali,ia boleh mengundang masalah kepada bayi. Salah satu lagi puncanya ialah ibu hamil yang sering terdedah dengan racun serangga. Kita sedia maklumlah yang bahan ini amat berbahaya, dan ia lebih berbahaya kepada ibu hamil. Jadi pada ibu hamil, elaklah dari menggunakan bahan plastik dengan kerap dan jauhilah diri dari racun2 serangga..Semoga kita dan anak dalam kandungan kita sihat sejahtera hendaknya..


Baca Selanjutnya

Web Menarik Untuk Anda Lawati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada sesiapa yang pernah jengah web ohtidak mesti you all dah tau apa yang terkandung dalam web tu. Cukup menarik dan tertarik kan?..Macam2 benda2 aneh kat situ. Pada yang belum pernah jengah, cuba2 lah tengok apa yang ada...pastinya anda akan tergelak, tercengang, ternganga, tergaru kepala dan mungkin juga akan membuat anda insaf..Nanti korang jengok la sendiri yeee...

Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.


Baca Selanjutnya

Fast Food Memendekkan Usia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ramai yang sudah mengetahui yang makanan segera boleh mengundang pelbagai penyakit kronik..Pengambilan dalam kuantiti yang berlebihan dan kerap akan memendekkan usia anda. jangan tak percaya, betol ni.. Al-maklumlah, orang dah makin sibuk..Tak sempat nak sediakan makanan sendiri, sehingga mengabaikan kesihatan diri dgn mengambil makanan yang tidak menyihatkan seperti bergoreng dan berlemak.. Pada siapa yang sayangkan tubuh badan dan kesihatan diri, semestinya mereka tahu apa jenis makanan segera yang patut dihindari..

Cari lah maklumat dalam internet dan anda akan jumpa banyak maklumat mengenai makanan yang tidak menyihatkan dan yang penting boleh mendatangkan penyakit kronik dan boleh memendekkan usia anda. Anda juga mungkin akan terkejut bila menyedari ada makanan yang anda sangka menyihatkan rupa2nya tidak selamat dimakan. Kepada yang tak tahu, bawang goreng segera juga tidak selamat utk dimakan sebab ia digoreng dgn straw tidak berwarna, bila straw di campur ia akan lebur dan terus membaluti bawang tersebut..tu pasal la kalau bwg grg segera terdedah pd udara pun ia tak layu..Anda pikir la sendiri..

Terutama bagi ibu2 mengandung macam aku ni, kena la prihatin dengan kesihatan diri dan jagalah pemakanan anda. kerana kita juga sedang mencorak kesihatan anak dalam kandungan kita. Untuk mendapat anak yang sihat dan comel, kita pun kenalah makan makanan yang menyihatkan juga..

Tahukah anda kebanyakan restoren makanan segera melalui kaedah penggorengan (fry atau deep fry) macam KFC, McDonald dan sewaktu dengannya menggunakan minyak yang mengandungi trans-fat??
Trans-fat menyumbang kepada kegemukan/obesity malah boleh menyumbatkan saluran darah yang boleh menyebabkan sakit jantung. Ia juga menambahkan paras kolestrol tidak baik (bad LDL) yang menjadi punca kepada pelbagai kecelaruan kesihatan termasuk serangan sakit jantung dan kanser. Walaupun usaha dilakukan untuk mengurangkan penggunaan minyak yang lebih sihat (sudah tentu lebih mahal!!!) tetapi mereka masih tidak dapat membuang minyak hydrogenated kononnya tiada pilihan.


Baca Selanjutnya

::Job Baru::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aku bakal jadi babysitter:-)..bidang terjun la kiranya. Wife kawan hubby mitak tolong aku jagakan anak dia, sebaya dengan anak aku. Tapi dah baru berkenalan so anak2 kami masih tak kamceng lagi, yang paling malu anak dara aku lah. Jarang sgt kawan sebaya dia yang dtg berkunjung kat umah, jadi malu2 kucing la dulu. Wife hubby (kak zie) sdg praktikal kat sekolah, baik dan peramah orangnya....

Ikut plan kak zie nak tumpangkan anak dia (aliya) semalam, hari Isnin..tapi tak jadik..hari ni plak hampir kul 10 pg k.zie dtg, aliya terus jer masuk umah dan nak main2 ok jer masa tu, tp bila jer ummi dia nak kuar, aliya terus nangis "nak ikut ummi"..lansung tak nak dgn aku..k.zie serba salah jadinya, last2 aliya dihantar pada abahnya kat tempat kerja. so, tak merasa lagi la aku jadi babysitter..Tengok hari khamis ni plak la mcm mana. Esok tak jaga sbb kak zie tak praktil hari rabu..Risau gak nak jaga anak orang ni, rasanya kena lebih teliti dari jaga anak sendiri.. Lagipun bukan byk pun keje aku kat umah, boring gak...ada aliya boleh damia buat kawan.tak ler dia main sendirian lagi..


Baca Selanjutnya

Suasana Mengundi Di Manek Urai DiCemari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa la nak jadi, bila dah taksub dengan parti pilihan masing2 hingga sanggup mencemari suasana mengundi dengan tindakan yang tidak berakhlak. Ada pihak yang baling batu sehingga terkena 2 orang ahli puteri UMNO sehingga pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Bertindak macam orang tak bertamadun..Pertelingkahan juga hampir mencetuskan pergaduhan, nasib baik polis cepat bertindak..Buat malu ajerrr..padahal yang terlibat tu golongan berumur dan yg dah reti nak berpikiran waras...Jangan terlalu ikut emosi la pakcik2 dan makcik2..So, kita tunggu malam ni, tgk sape yg menang k....Baca berita kat bawah ni:

Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.
KUALA KRAI 14 Julai – Dua ahli Puteri UMNO Kelantan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan (SK) Peria, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.

Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.

Abdul Rahim menasihatkan semua perayu undi supaya banyak bersabar untuk mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

"Kita juga meminta orang ramai supaya lebih banyak bersabar dan tidak cepat marah ketika berada di luar pusat mengundi," katanya. – Utusan


Baca Selanjutnya

Selamat Hari Jadi

Selamat hari jadi ke 31 buat diri ini
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Hidup sentiasa diberkati Ilahi
Meningkat taqwa dan iman dalam hati
Berjaya dalam menempuhi hidup ini

Bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhingga
Punya keluarga dan sanak saudara yang bahagia
Punya anak dan suami yang sihat sejahtera
Punya keringat untuk mengurus keluarga
Punya rakan taulan yang berwibawa

Moga bersedia untuk menghadapi mati
Kerana tarikhnya sentiasa menjadi teka teki
Malaikat Izrail sentiasa memerhati dan menanti
Menunggu arahan dari Ilahi

Aliza
13 Julai 2009


Baca Selanjutnya

Black Juara Mentor 3



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahniah la buat Black pasal dah jadi juara mentor bagi musim ke3 ni. Tahniah jgak buat mas idayu selaku mentor yg berjaya mendidik portegenya hingga mendapat gelaran juara. Bukan mudah tau, lagipun saingan memang hebat2 belaka. Persembahan Fira dan Chaq juga tak mengecewakan. Aku paling suka tgk persembahan Chaq dengan Stacy...Rasa nak tengok sekali lagi. Juara dapat kete dan duit rm100 000, banyak tu...

Lagu baru Black ciptaan Sharon Paul juga best, sedap di dengar lerr. Sharon Paul tu wife Rusdi Ramli kan?? Aku arap Black akan terus maju la dalam bidang seni suara ni..Moga tabah dan terus berusaha utk menjadi yang penyanyi yang hebat. Aku lebih prefer Black bwk konsep rock, sbb suara dia sesuai dengan konsep sebegitu. Tahniah Black!!!


Baca Selanjutnya

Apa Nak Jadik Dengan Pelajar Sekarang??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terkejut gak aku tengok berita tv3 td pasal pelajar perempuan yang buli rakan sekolah. Berlaku kat daerah Dungun ni, selalunya kita didedahkan pelajar lelaki yang familiar dengan kes buli ni. Kenapa la ptt jadi cam gini. Bila aku tgk dalam laman youtube, rupanya terlampau byk kes2 sosial yang berlaku dikalangan pelajar sekolah. Sekali pikir takut aku nak biarkan anak2 ku membesar dlm era yang memang cukup mencabar ni. Moral pelajar dah makin terpesong, bukan takat kes buli jer, maksiat pun berleluasa, malah ada pelajar yang berani buat maksiat dalam sekolah jugak...Apa nak jadi ni?
Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.
Dapatkah kita membesar anak kita agar menjadi anak yang berdedikasi dan berdisiplin sekiranya persekitaran mereka cukup mencabar dah penuh dengan gejala2 sosial yang begitu dahsyat.. Bermula dari kecil dan start dari rumah la kita kena mendidik anak kita menjadi insan yang kuat Iman dan disiplin. Hal2 yang mcm gni membuatkan aku rasa tak senang duduk..Mesti semua para ibu bapa juga risau mcm aku. Saper yang nak anak mereka terlibat dgn masalah sosial, pelbagai didikan dan ajaran yang ibu bapa berikan pd anak2 mereka, tapi apa yang berlaku kdg2 tidak seperti yg ibu bapa harapkan.. So, saper yang perlu di persalahkan???


Baca Selanjutnya

Rambut Gugur Dan Gigi Rosak Sebab Milo?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mungkin betul aper member ku cakap yg milo boleh menyebabkan rambut gugur dan gigi cepat rosak. Pasal gigi boleh cepat rosak tu, aku dah sedia maklum, cuma rambut boleh gugur tu aku baru tau...Setahun lebih anakku Damia minum milo sebagai pengganti susu kerana dia ni alah pada susu lembu, akhir2 ni aku tengok rambut dia mudah gugur. Pagi2 aku tengok ada rambut dia yang gugur kat tilam. Musykil gak aku pd awalnya naper muda2 lagi rambut dah gugur. Kebetulan kwn ku ckp milo leh gugurkan rambut dan cepat rosakkan gigi, eemmmm...patut pun..

Sekarang ni aku stop dulu pengambilan milo dan aku try bg dia minum susu formula yg berperisa coklat, dah seminggu..nampaknya takat ni tak nampak lg simptom alah susu lembu yang kelihatan. Kena tunggu seminggu dua lagi, kalo ok jer, maknanya anakku dah tak alah susu la kot..Tapi aku kena dapatkan nasihat doktor la dulu 2 make sure yg dia 100% dah tak alah susu lembu. Gigi Damia dah 4 btg tak dpt di selamatkan..huhuhu, dia pun malu nak sengih lebih2 dpn kawan2..:-)


Baca Selanjutnya

::Hari Yang Busy::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sibuk betul hari ni, tapi bukan aku yg sibuk, Pasar Dungun yang sibuk..hehehhe mana2 pasar pun sibuk hari minggu kan?.. After sarap nasi lemak n roti canai (bukan aku sore yg make tp hubby n my doter) terus gi pasar, cam biasa ler hubby tensen bila bab nak parking kete ni.. otw nak gi pasar td, bengang gak ngan pengguna jalan raya yg terlampau berhemah...punyer la slow motion, agak2 bwk 20km/jam kot...kete bukan main lg class. rasanya kalo aku tolak kete lebih laju dr diorang bwk..hangin tul..kalau nak jd pemandu berhemah pun biarlah bertempat..kalo tak der penguna lain kat jln raya tu leh la nak bwk seslow mana pun. Bertimbang rasa la sikit.

Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.

Banyak ikang segor2 td..murah2 lak tu. mulanya nak beli laksa tuk buah laksa penang, sampai jer sana terus hilang rasa nak mkn makan laksa. beli daging, ikan and sayur2 jer. masuk dlm kete, terlupa lak nak beli buah..berat tul bimbit plastik td, hubby dukung Damia, tak larat aku nak dukung damia, dah berat sgt. Bukan damia tak nak jalan tapi dia tak suka jalan kat pasar, busuk katanya. sampai umah terus masak n mkn dgn hubby...ish, mata ni ngantuk arrr. semalam tido lewat, pastu bgn lak awal. pasni leh la nak layan mata ngantuk ni..heehehehe.


Baca Selanjutnya

Alah Susu Lembu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lega rasa hati bila aku baca penjelasan Dr. Syed Nazir Syed Kadir iaitu Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya dalam Metro Ahad mengenai bayi yg mengalami alah susu lembu.. Damia, anakkku jg mengalami alahan tersebut..Di sebabkan alah pd susu lembu ni lah penyebab anakku mendapat penyakit Ekzema..Tapi Alhamdulillah keadaan anakku dah semakin baik.. Aku rasa ada juga para ibu yg anaknya mengalami alah pada susu lembu, dan aku rasa info ni baik di kongsi bersama...Hari ni aku cuba bagi anakku minum susu lembu tuk pastikan samaada alahan susu lembu ni masih dia alami ataupun masalah ini dah hilang.

Ibu2 yg anak anda alah pada pd susu lembu, rasanya tak perlulah risau kerana masalah ini akan hilang bila anak anda berumur dua atau tiga tahun, tapi bergantung pada individu kerana ada sesetengah kanak2 mengalami masalah ini sehingga umur mereka lima tahun.Alahan pada protein susu lembu (CMPA) berbeza dgn tidak toleran laktosa.

Susu mengandungi protein, karbohidrat atau gula, lemak, vitamin, mineral dan air.Protein susu inilah yg boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.Alahan ni boleh berlaku pada kanak2 yg diberi susu badan dan susu formula. Kanak2 yg di beri susu badan juga boleh mengalami masalah ini kerana pemakanan ibu yg mengandungi susu lembu dan ia di alirkan kepada kanak2 melalui susu badan.

Gejala CMPA: Bayi CMPA boleh alami beberapa gejala pada satu masa seperti,

  • Ekzema atau ruam kulit
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Cirit birit
  • Meragam
  • Berat badan tidak bertambah dan jika ada terlalu sedikit
  • Banyak angin dalam perut
  • Sukar bernafas
Bayi CMPA turut berhadapan dgn masalah kurang zat, ciri2 yg dpt diperhatikan ialah kurang air dlm badan, tiada selera makan dan menyusu dan tidak bertenaga, jadi pembesaran akan terjejas. Mereka jg boleh alami alahan yang lebih teruk iaiatu anafilaksis, tapi keadaan ini jarang berlaku. Bagi kes ini, gejala boleh timbul dalam masa beberapa minit selepas minum atau makan makanan yg mereka alah. Gejala yg paling serius ialah bengkak pada muka, mulut dan lidah yg menyebabkan pesakit sukar bernafas. Selain itu, ruam yg gatal, kulit merah dan muntah adalah gejala anafilaksis yg boleh berlaku. Sekiranya ini terjadi, cepat2 la bawa anak anda berjumpa doktor.

Seseorang bayi yg disyaki alami alahan susu perlu diberikan penilaian perubatan, pelan perubatan dan rawatan susulan yg khusus. Ibu perlu mengubah diet jika memberikan anak susu badan atau menukar susu formula untuknya. Dalam kes tertentu, doktor akan menyarankan anda untuk menghentikan pemberian susu selama sebulan. Selepas tempoh ini bolehlah diberi susu pada anak anda dan tengok jika alami gejala alahan.kalau masih alami gejala alahan, baik anda berhentikan dulu pemberian susu formula dan semua produk2 yg mengandungi hasil tenusu.

Rawatan:
  1. Bagi bayi yg diberi susu badan, tapi masih alami alahan CMPA, si ibu tidak perlu hentikan pemberian susu badan, tetapi si ibu perlu menghentikan pengambilan produk yg mengandungi susu lembu.
  2. Bagi bayi yg diberi susu formula, doktor akan menyarankan anda utk bertukar kepada susu formula berasaskan soya atau hidrolisat. Elakkan beri anak anda susu lembu walau apa jenis jenama sekalipun.
  3. JIka anak anda alami alah susu lembu yg teruk, doktor akan beri ubat yg khusus sebagai tambahan kepada diet bebas susu lembu.Ubat ini seperti antihistamin atau epinefrin perlu digunakan mengikut arahan iaitu hanya bila anak anda tersilap mengambil produk yg mengandungi susu lembu dan menunjukan reaksi alahan.
Bila bayi boleh memulakan semula produk susu?
Bila anak dah makin besar bolehlah mula perkenalkan semula susu lembu dalam dietnya-selepas mendapat nasihat doktor atau pakar alahan.Doktor anda mungkin menyarankan supaya anak anda diberikan diet bebas susu sekurang2nya 12 hingga 18 bulan pertama. Anak anda akan diuji semula setiap enam bulan sehinggalah doktor mengesahkan anak anda tidak lagi alah pada susu lembu. Jangan sekali2 beri anak anda susu lembu sehinggalah doktor mengesahkan anak anda betul2 tidak alah pada susu lembu lagi.

Jenis makanan yang perlu dielak.
  • Semua jenis susu atau makanan yang mengandungi susu lembu (susu skim, tepung, pepejal atau sejat)
  • Keju, dadih keju, dadih dan aiskrim
  • Mentega, Mentega susu, marjerin yang mengandungi susu
  • Produk soya yang mengandungi susu lembu. Banyak produk soya yang mengandungi susu lembu di pasaran seperti manisan soya mengandungi sedikit susu lembu. Jadi pastikan anda membaca label sebelum membeli
  • Bijirin campur yang mengandungi susu tepung
  • Semua produk yg mengandungi kasein (dieja casein) kaseinat (caseinate), sodium atau kalsium kasinat, laktalbumin atau whey. Ia menandakan kehadiran protein susu
  • Susu bebas laktosa
Walaupun anak anda alah pada susu lembu, tetapi kajian menunjukkan kanak2 begini jarang2 alami masalah apabila makan daging lembu. Jadi anda boleh masukkan daging lembu dalam diet si kecil.

P/s: semoga info2 dari pakar kanak2 ini dapat membantu para ibu yg anak anda alami alahan pada susu lembu.


Baca Selanjutnya

Petua Memudahkan Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku terbaca 1 blog ni yg bagi petua tuk mudahkan bersalin, makasih byk2 ler kat owner blog tu. leh aku amalkan sepanjang kehamilan agar proses kelahiran nanti akan berjalan dgn lancar..InsyaAllah. (arap2 menjadi la yee..)

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.


g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

Ayat seribu dinar 11x
2. Tasbih Yunus 333x
3. Selawat Nurulzati/ Selawat Sirr
4. Selawat Tafrijiyah
5. Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

http://emas10.multiply.com/journal/item/13/Amalan_Ketika_Hamil


Baca Selanjutnya

Amalan Ketika Hamil

Banyak blog2 yg menyediakan panduan bagi ibu2 yang sedang hamil..Aku jg nak letak entri psl amalan ni dalam blog aku, leh jadi panduan tuk aku dan ibu2 yg hamil yg lain...

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Antara amalan dan penjagaan yang boleh diikuti ialah:

  • Makan makanan mencukupi dan seimbang setiap hari.
  • Tidur dan rehat secukupnya.
  • Sentiasa bertenang.
  • Jaga kebersihan diri.
  • Mandi setiap hari.
  • Berpakaian bersih dan selesa.
  • Dapatkan pemeriksaan di klinik, pusat kesihatan atau hospital seperti dinasihatkan oleh kakitangan kesihatan.
Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

http://www.mom4mom.com/my/article.php?id=442
http://www.perjalanansuci.com/Informasi/AmalanKetikaMengandung.htm


Baca Selanjutnya

Aku Dah Tak Loya & Mual...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saat ini usia kandungan aku dah 9 minggu..Alhamdulillah, keadaan aku pun back 2 the normal...Tak rasa loya2 dah, mood nak masak pun ada. Everyday aku dah masak, lega rasanya.. Tak byk karenah agaknya baby ni..Bagus baby bagus..hehehehe.

Hasrat nak makan plt durian pun dah tercapai semalam. Pg ni masak nasi kerabu, dah lama sebenarnya teringin nak mkn ns kerabu, kedai ore kelate kat sini dah 2 bulan close. ntah naper ntah, nak kata tak laku, ramai jer sokmo org kedai dia.. Nasi kerabu made in Dungun ni, rasanya tak sama dgn ns kerabu made in Kelate..Lg best yg Kelate punyerrr..hehehe.

Aku tunggu resipi nak buat kek span dr fren yg dok Langkawi, katanya nak buat 2day... dia pun 1st time bt. Kalo mjadi aku pon nak buat gak.. Emmmmm kalo bleh jamu kat jiran2 lagi seronok. Mkn sesama....nak2 p berkelah kat jeram belakang umah aku ni, lg sronok...


Baca Selanjutnya

Kesedaran Buat Kaum Wanita


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Aku tertarik dgn artikel
mak mah yg menyarankan kaum wanita agar menggunakan bhn semulajadi utk kecantikan diri. Aku setuju 100% dgn saranan mak mah. Produk kecantikan zaman sekarang tumbuh seperti cendawan. Syarikat2 kecantikan bersaing dgn menghasilkan produk yg dpt memberi perubahan kecantikan dlm masa yg cepat dan singkat. Kenapa yee? Ini kerana permintaan begitu tinggi dr pengguna yg begitu taksub utk menjadi cepat cantik..

Sedarkah anda akan keberkesanan dlm jangka masa panjang terhadap tubuh badan anda?..Tahukah anda apa bhn2 yang terkandung dlm produk kecantikan yg anda gunakan? Atau anda reti beli jer tp tak tau apa jenis bahan dan kesan2nya? Jadilah pengguna yg bijak dlm membeli apa2 produk kecantikan, amik tau apa jenis bahan2, kesan dlm jangka pjg pd tubuh badan. Tak terpikir kah kita yg ramai org Malaysia kini menghidap pelbagai jenis penyakit kanser. Jgn ambil ringan pada bhn2 yg kita gunakan pd badan2 kita kerana bhn2 terselindung beginilah yg menjadi pembunuh kita sebenarnya.

Petua2 org dulu2 makin lama makin dilupakan, disebabkan kesibukan seharian membuatkan wanita zaman sekarang tidak mempunyai masa utk mempraktikkan petua tersebut. Zaman sekarang semua nak cepat. Jgn pula disebabkan kesibukan seharian menjadikan kita lalai dlm menitikberatkan kesihatan dan keselamatan diri dalam menggunakan produk2 kecantikan di pasaran. Kita jg pernah di gemburkan dgn penemuan produk2 kecantikan yg mengandungi bahan kimia yg membahayakan dan boleh memudaratkan kesihatan. So, sape yg nak bertanggungjwb? Diri sendiri yg menanggung kesannya.


Marilah kita sama2 bermula dgn penggunaan bhn asli yg mana 100% terjamin keselamatannya, jenguk2 la laman web mengenai petua2 org lama2. Byk petua yg dapat dikongsi bersama, sayangilah tubuh badan anda utk kesejahteraan hidup dgn org2 tersayang.


Baca Selanjutnya

Penduduk Pendang Kedah Kayoo



Masuk suratkhabar Utusan hari ni, yang kat Pendang dah ada emas weeiii..Kayo la sape yg amik peluang keemasan ni tuk cari emas.. Ishhh..kalau kat kg aku yg ada emas pasti aku pun akan join sekali. bukan intan bukan zhulian ni, tapi emas original. Tinggi nilainya.... Sejak di hebohkan oleh pekerja kuari 2 hari lepas, beratus2 penduduk Pendang bawak peralatan masing2 tuk cari emas. Dari yang kecik hingga la yang tua tak lepaskan peluang.

Penduduk Pendang yang majoritinya adalah pesawah, kini dapat la menambah pendapatan mereka dengan mencari emas.. Tuhan telah berikan rezeki, jadi berusahalah untuk mendapatkannya. At least dapat la bantu kehidupan seharian keluarga. Harga emas sekarang ni makin meningkat dan nilainya cukup tinggi. Harga emas juga akan terus meningkat dari setahun ke setahun..Kalaulah kat tempat tinggal kita ada emas, korang nak pergi gali or not? kayooo2, tapi jgn lupa bersyukur pada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin