Selamat Hari Raya....Jom Balik Kampung


Salam aidilfitri buat semua blogger....
Mesti korang pon tgh sibuk di akhir2 Ramadhan ni untuk buat persiapan raya....Ada jugak yg belum beli baju raya....dah plan nak beli last minit....tuk my doter aku dah beli...cuma tuk aku and hubby tak beli apa2 pon lagi.....malam ni dah nak balik kampung yayyy...aku dah siap packing barang....msk tuk berbuka pon dah siap...cincau jer, masak mee goreng....dah sibuk2 dok packing, malas lak nak masak byk lauk......Dari pagi tadi mata kiri aku asyik berdenyut jer.....orang kata nak menangis.....ishhh, cepat2 aku buang jauh2 perasaan wori tu....almaklumlah malam ni kami nak berjalan jauh...Ya Allah, berkatilah perjalanan kami...Semoga kami selamat sampai ke destinasi.....sekiranya ajal kami dah sampai...Engkau matikanlah kami dalam Iman......Amin...

Korang bila lak nak balik kampung? cepat rasanya masa berlalu, dah hampir sebulan kita berpuasa.....dan nak raya dah....tak sabar nak balik berpuasa dan berbuka dgn family.....esok hubby dah cuti....belah pantai timur, jalan dah mulai sibuk....buat korang yang nak berjalan jauh balik kampung...jgn lupa service keta yerrr...biar perjalanan kita sempurna dan selamat....

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maap Zahir dan Batin Kalau ada coretan aku yang telah mengguris hati korang...Maap yeeee...:-) Bila dah balik kampung nanti sure tak dan doh nak online ni...sibuk nak buat ketupat dan macam2 lagi lah....Pada sesape yang tak dapat balik kampung tu janga lah sedih yeeee....


Baca Selanjutnya

First Time



Tahun ni buat pertama kalinya aku buat biskut raya...nasib baik la ada sifu yg tlg tunjuk ajar..wp sifuku berada jauh di Langkawi. Nak tgelak pon ada bila tgk biskut aku ni...silap buat tak per...dah nama first time kan!...tak gitu....tapi taste tu tak der la teruk sangat...jiran aku kata sodap...hehehe...2 3 hari sekali aku buat...tak nak buat banyak pon..cukup la 3-4 jenis...yang dah siap biskut nestum dan biskut samprit...Tapi boring lh buat sore2..dah la tak pandai...terngendap2 buku resipi....Raya ni tak tau la habis ke tak biskut aku...huhuhu...


Baca Selanjutnya

Pelik Tapi Benar


Aku terbaca satu berita yang cukup menarik dan pelik di Kosmo online...........
bila seorang wanita kulit hitam di Brazil,........
Rosemere Fernandes de Andrade ....
telah melahirkan 3 orang anak berkulit putih.....
Berita ini cukup mengejutkan para saintis dan pakar genetik...
3 orang anak wanita itu berpenyakit albino dan selalu di ejek oleh kawan2 di sekolah....
Pelik tapi benar kan.....


Baca Selanjutnya

::Sunyi Sepi::

Salam Ramadhan...

Sejak berpuasa ni mood nak nulis blog pun makin 'sejuk' laa...Ntah ler nape..slalu gak online, tapi yang aku slalu layan games kat facebook...But now boring ckit dah layan games tu....Dah 10 hari kita berpuasa, Alhamdulillah setakat ni aku leh berpuasa dgn baik tanpa sebarang masalah kesihatan...Cuma baby jer makin aktif dok menendang dalam perut ni..lapar kot...heehhe...Meriah jer aku tgk bazar Ramadhan, tp aku tak pernah pegi pun...pernah suruh hubby beli nasi kerabu, tapi...langsung tak sedap...tak puas hati tol...so, hari ni aku buat sdiri nasi kerabu, baru puas hati...

Pasal baju raya aku tak kalut pon...tahun ni sambut raya ala kadar jer..musim2 penyakit berbahaya ni tak leh nak beraya macam tahun2 lepas..Berita 2 3 hari lepas lak bgtau ada virus seumpama H1N1 tapi lebih merbahaya...tak ker kecut perut kita dengar??....Lagipun loni musim tengkujuh dah hampir..hari2 mendung jerr kat Dungun ni...lagi danger wooo...

p/s:Korang menu apa berbuka hari ni...?


Baca Selanjutnya

FADHILAT SOLAT TERAWIH

UPDATE : Fadhilat Solat Terawih Dibawah adalah PALSU - Kredit Portal Jakim Terengganu

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah
engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."


Baca Selanjutnya

Salam Ramadhan Buat Para Blogger

"Salam Ramadhan"

Esok kita dah mula berpuasa.....Syukur Alhamdulillah kerana puasa tahun ni kita masih berkesempatan tuk menjalani ibadah puasa ni....
Malam ni bermulalah solat terawih.....mesti meriah kat surau2 dan masjid.....
Jiran2 semua dah balik kampung, sunyi sepi sekitar umah aku ni......
Bestnya kalo dapat balik berpuasa kat kg...

Pagi tadi punya lah ramai orang kat kedai....
semua sibuk tuk persiapan bersahur dan tuk berbuka esok.....
aku beli ala kadar jer..
lagipun lauk pauk semua dah ada...
bagi home chef cam aku ni...mesti tgh berpikir lauk apa nak masak tuk bersahur n berbuka nanti kan..??
dah ada idea ke?

Dikesempatan ini aku nak mohon maap la pada semua kiranya ada tulisan atau coretan aku yg menguris hati dan perasaan korang yee...
Aku doakan moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dgn sempurna...
Amin.

p/s: Bulan Ramadhan Bulan Beribadah....
banyak2 kanlah buat ibadah yeee..




Baca Selanjutnya

Fadhilat Puasa Bulan Ramadhan

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani...
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi:
"Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:

"Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi."

(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."








Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin