TINGGALKAN spekulasi dan hindarkan daripada melemparkan dakwaan yang bukan-bukan. Sebaliknya, doakanlah kebahagiaan pasangan merpati sejoli ini yang baru saja bergelar suami isteri.
Itulah harapan yang dipanjatkan oleh komposer terkenal, Mohd. Faizal Maas atau Ajai yang memilih Norliza Mohamad Ilias atau Liza sebagai suri di hati.
Seluruh kerabat seni sebelum ini sedia maklum, Ajai dan Liza adalah pasangan kekasih.
Perkara itu bukan rahsia lagi, lebih-lebih lagi sejak setahun yang lalu, Ajai dan Liza sering dilihat berdua dalam pelbagai acara.
Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi terkenal, Nurul berakhir, Ajai pada awalnya pernah terfikir untuk melupakan hasrat untuk berkahwin lagi.
Ini kerana, pengalaman gagal dalam perkahwinan pertama seperti 'mimpi ngeri' buat komposer yang juga seorang penyanyi masyhur ini lagi.
Namun, kalau sudah namanya takdir, Ajai tidak mampu menolaknya, jauh sekali untuk bercakap takbur menghindar jodoh yang ditetapkan buatnya.
"Pada awalnya, saya bimbang akan gagal dan kecewa lagi, tetapi bila difikir-fikirkan, siapa saya untuk menghalang ketentuan Ilahi.
"Saya terima jodoh saya kali ini dan tentunya saya tidak lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar perkahwinan saya kali ini kekal sampai mati," Ajai menyuarakan harapannya.

p/s: selamat pengantin baru..
(http://utusan.com.my)
4 komen:
wateveeerrr...
lembut je muka isteri ajai ..semoga bahagia selamanya amin
"Selepas rumah tangga yang dibina dengan penyanyi terkenal, Nurul berakhir, Ajai pada awalnya pernah terfikir untuk melupakan hasrat untuk berkahwin lagi."
Bukan ke masa bercerai dulu dia dah mmg bercinta ngan si Liza ni...yo lah tu...
kisah hidup artis ni ssh nak dijangka...dl tak sangka akn bpisah dgn nurul la..dah selalu dok sehati sejiwa..nampak romantik jer dl..tup2...
Post a Comment