Salam...
Sejak dr awal persekolahan minggu lepas, my doter asyik nangis jer tiap kali gi sekolah...cam ada sesuatu yang tak kena di sekolah.. budak2 ni kalau ada yang dia tak suka mula lah dia memberontak.. Cikgu pulak garang semacam.... memang patut garang ke cikgu2 ni? Tegas la maksudnya, bukan ke budak2 kecik ni perlu dipujuk dan bukan untuk ditengking untuk mengajar sesuatu. Lagi la budak2 ni takut...
En.Hubby memang tak berapa berkenan dengan cara cikgu sekolah damia ni uruskan pelajar2nya...lagipon dah banyak komen dari ibu bapa yang lain pasal cikgu ni... Setakat ni aku masih mampu bersabar dan terima lagi, cuma kadang2 aku tengok, cara cikgu ni ada yang tak betul...Hari2 damia asyik nangis jer tiap kali sampai pintu sekolah...hubby tgl gitu ajer.. kalo aku yang hantar, alamak dok bergantung kat kaki la..
Damia masih dalam proses menyesuaikan diri, biarlah dia nak nangis pun, esok2 lusa stop la tu...Tapi minggu depan damia terpaksa amik cuti paling lama sebulan pasal ngikut aku balik kampung. Hujung minggu ni aku dah nak balik kg get ready tuk bersalin..kalau bersalin kat Dungun ni takder orang nak tolong tengok2kan..lagipon aku tak pandai nak uruskan baby yang baru lahir ni, kecik sangat, gerun aku..kalo dah 2 3 munggu tu bleh la...kat kampung mertua dan kakak2 ku ada tuk tolong tengok2kan...
Damia tengah berlakon tu, dia buat apa yang dia blajar kat sekolah hari ni...Al-Fatihah alhamdulillah dah dapat hafal, lagipon dah lama aku ajar dia..Pelajaran baru dia hari ni.."Today is Sunday", tu yang dia dok ulang dari tadi lagi..hehehhe
Pada kengkawan, doakanlah moga saya selamat melahirkan baby.. Risau gak, almaklumlah macam2 bleh berlaku..kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan di permudahkan olehNya..Amin.
Baca Selanjutnya
Salam..
Sudah 4 hari berlalu di 2010, tak terlewat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat semua pada suri dan sura blogger..:)) Mesti korang dah tanam azam masing2 untuk di capai pada tahun ini.. Pada aku setiap tahun yang berlalu sama ajer. nothing different... kalo tanam azam pon bukan aku laksanakan. kalo nak laksanakan apa2 impian tak semestinya kena tunggu tahun baru kan???..
Apa yang penting bagi aku sekarang adalah persediaan untuk menyambut kelahiran cahayamata ku yang kedua.. melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang adik, kakak, isteri, ibu dan sebagai saudara kepada orang sekeliling.. Meningkatkan prestasi diri agar lebih baik dari yang sebelumnya..
Puteriku pula telah menjejakkan kaki ke alam persekolahan, dunia baru yang harus dia tempuhi untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..Agar persekitaran dapat memberi suatu pembelajaran yang baru dalam hidupnya..
Suamiku, macam biasa sibuk dengan kerja seharian dan bisnesnya... aku doakan moga apa yang dilaksanakan dan di impikan olehnya akan tercapai.InsyaAllah...Begitulah kehidupan kami, moga kehadiran cahayamata kedua ini akan menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga.
Baca Selanjutnya

Salam Aidildha buat semua..
Jangan makan daging banyak sangat yee..nanti darah bisa naik dong... ramai pulak orang akan mengamuk nanti..hehehhe. Jangan lupa juga berkunjung ke rumah sanak saudara untuk bermaaf-maafan. Bukan raya puasa jer kita sibuk bermaaf2an. Raya haji pun digalakkan, malah tiap2 hari pun kita disarankan memohon maaf sesama muslimin dan muslimah. Pada sesisapa yang pulang beraya ke kampung tu, jangan lupa check dulu keta anda, berhati2 memandu, sekarang ni jalan2 banyak licin..Ingatlah orang2 yang tersayang yee..Aku juga akan balik kampung esok.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin buat semua blogger.
Baca Selanjutnya
Salam...
hehhehe..dah terlebih kreatif diaorg yee..
kalo nak tgk benda2 pelik kat dunia ni, apa kata korang jengah web nih.. strange world
Baca Selanjutnya
Salam buat semua...
Lama betul aku tak berblog...kalau online pun just layan facebook .. nak2 game2 kat fb hehehhe...asyik masyuk la jawabnya....pagi ni cuaca sejuk..awan hitam nampaknya sudah mdekati...nak hujan la tu jawabnya. semalam pun hujan lebat...Mengikut ramalan cuaca juga kata hujan akan berterusan hingga esok..Tapi Nsb baik la air tak naik sangat....Minggu depan dah nak balik kampung..Mintak2 ler..tak banjir minggu depan..kalo tak tak dpt la nak balik pasal area Hulu Terengganu, Besut Kuala Terengganu selalu naik air...
Semalam aku ke klinik desa Sura...biasa lah monthly check up...Selepas hantar Damia ke sekolah terus ke klinik, ingatkan kalau awal orang tak ramai lagi..rupa2nya dah ramai..tp tak ler ramai sgt...aku turn yang ke lapan....sementara menunggu tu borak2 la dgn akak2 kat situ...ada macam2 criter..ada yg HB terlalu rendah, hanya 8.2 bacaannyer..bahaya tu...bulan lepas bacaan Hb aku 10.8...Mintak2 ler kali ni ok...bila dah turn aku, misi pun check lah..tekanan darah normal...then HB....heheheh Alhamdulillah 11.2, dah naik la tu..tak kena 'pen merah' dah..Lega..Masuk bilik pemeriksaan cam biasa la check perut...dengar denyutan jantung baby...semua ok. Misi tanya gak pasal persiapan bersalin...baju2 baby pun aku tak beli lagi...hujung minggu ni kena la beli barang2 basic..prepare, mana la tau kot2 terberanak bulan ni ke..kita tak tau kan?List dah buat minggu lepas lagi. balik raya nanti baru nak shopping brg baby kat kota bharu..baru syok shopping..Kat sini tak banyak choice.Semalam gak aku kena suntik kat bahu..untuk kancing gigi...Lenguh2 bahu ni dibuatnya..
Cik Misi juga bgtau yang sekarang ni musim penyakit Taun, jangan minum ais la, kalau nak sangat buat sendiri dengan air masak..Tu la ais kat kedai ni bukan terjamin pon kebersihannya. .Bukan setakat ais saje yang tak terjamin kebersihan kalo kat kedai, Apa yang kita nampak bila dah terhidang dalam pinggan tu, makanan yg cukup menyelerakan dan bersih jer. Tapi semasa proses penyediaan tu kita tak tau apa di sebaliknya kan?...Beringat la kalo makan kat kedai pon..pilih kedai makan yang betul2 terjamin kebersihannya.
P/s: Esok genap 100 hari pemergian Ustaz Asri (Rabbani)
Baca Selanjutnya
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai'ah sebagai akujanji dan taat setia kepada parti tetapi secara rasminya tiada arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan amalan itu dipraktikkan secara meluas adalah tidak benar dan pihaknya yang memandang serius perkara itu sedang melakukan siasatan lanjut.
"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan saya supaya menyiasat perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan kerana Pas Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk bai'ah cerai talak tiga.
"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan," katanya kepada ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad mengesahkan wujudnya amalan bai'ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.
Bagaimanapun, Mustafa ketika ditanya apakah teks penuh bai'ah taat setia kepada Pas yang perlu diucapkan oleh wakil rakyat itu berkata, beliau tidak mengingatinya dengan jelas.Mengenai adakah pihaknya telah berjumpa atau memanggil Khalid untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat oleh adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad itu, katanya, perkara itu belum dilakukan.
"Belum lagi, saya tidak jumpa atau hubungi dia. Kita tidak meletakkan sebarang tempoh masa tertentu untuk menyiapkan siasatan ini kerana yang penting siasatan rapi akan dibuat," katanya.
Dewan Muslimat Pas sebagai reaksi daripada kenyataan Khalid itu telah mempertahankan amalan bai'ah cerai talak tiga yang disifatkan mampu membela wanita dan secara tidak langsung dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.
Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.
Beliau berkata, amalan bai'ah yang diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007 itu tidak bermaksud merendahkan wanita dan menggalakkan perceraian, tetapi sebaliknya sebagai cabaran kepada lelaki berjuang menguatkan syiar Islam.
Antara pemimpin Pas yang mengakui telah melakukan bai'ah cerai talak tiga ialah Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman yang melafazkannya semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.
Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.
http://www.utusan.com.my/utusan
Baca Selanjutnya
PEMAIN Kelantan meraikan kejayaan ke final Piala Malaysia menerusi agregat 5-1 selepas menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.Salam...N3 kali ni nak citer pasal sukan...pasal bola sepak...lagipun dah dekat Piala Malaysia ni, negeriku layak utk ke final dan akan bertemu dgn N9 pada 7hb ni kat Satdium Bukit Jalil...aku bukan follow sgt pasal bola ni, time ada mood tgk gak...tp yang Kelantan main la....dasat gak semalam ekk...belum start game penonton dah mula baling2 barang hinggakan 2 org dikejarkan ke hospital...telebih emosional la penonton ni...tak profesional langsung...walaupun aku ore kelate, tp aku tak suka dgn sikap penyokong kelate yang memang dikenali dgn sikap panas baran...asal ada game Kelantan je mesti berlaku kekecohan...tak syok la gini kan..sikit sebanyak mencemarkan gak nama kelate....
Macam kata pemberita td, "sudah dijangka akan berlaku kekecohan di antara penyokong"...tapi semalam sikap penyokong perlis juga harus ditegur kerana membaling mercun ke kawasan padang dan nyaris2 mengenai pemain kelantan....Game semalam Norfarhan menunjukkan prestasi yang hebat sekali dengan menjaringkan 3 gol dan melayakkan kelantan ke final....kebelakangan ini, kelantan telah menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan rakyat kelantan, nama kelantan makin disebut2 di arena bola sepak...kalau dulu, seingat aku, pemain Kelantan sering diherdik oleh penyokong sendiri, setiap game pulak boleh dibilang berapa orang jer yang menonton...Tapi kini ianya berubah sama sekali...penyokong mula menunjukkan sokongan yang cukup padu pada pemain2...Aku dan semua orang Kelantan mengharapkan kali ini Piala Malaysia menjadi milik Kelantan, setelah 39 tahun Kelantan tidak berjaya ke final.
Sama2 lah kita doakan moga Kelantan menang yeee...(pd sesapa yg sokong ler) heheh
Baca Selanjutnya






