Selamat Hari Ibu..

Oh! Ibu Kau disiram bayu pagi Kehilangan terasa kini Dan kesepian Dan aku Bagai purnama gerhana Di ibarat lautan kering Tiada tempat ku layarkan."...

Setiap kali ku dengar dendangan lagu exist ini, setiap kali itulah hatiku cukup tersentuh, air mataku begitu mudah mengalir, hati jadi cukup sayu.."oh Ibu" :( .. setiap bait-bait ayat dalam lagu ini ibarat meluahkankan apa yang tersirat dalam hatiku..Kini, aku telah kehilangan seorang ibu, insan yang paling ku sayang, masih teringat detik2 akhir aku bersama ibu..saat ibu menghembuskan nafas terakhir, aku begitu setia di sisinya.. Selama 2 hari ibuku koma bermula di HuSM, Sebelum ibuku koma, akulah orang terakhir yang yang ibu ingati, bila ku pulang untuk mandi dan pergi kerja pukul 5 pagi ketika itu, giliran kakaku pula yang menjaga ibu, bila saja aku pulang, ibu mula tak sedarkan diri, apa yang keluar dari mulut ibu adalah namaku, ibu memanggil2 namaku, selang 15 minit selepas itu, ibu mula tak sedarkan diri, apa yang paling aku sesali ialah aku tak sempat meminta ampun dari ibu di saat ibu bersama aku malam itu..

Esoknya, doktor memberitahu yang mereka tidak dapat menyelamatkan ibu lagi..Ya Allah, aku rebah longlai di katil ibu..Air mataku laju mengalir, Tapi aku ibarat hanyut, tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling, aku bagai bermain dengan fikiran sendiri, bila ku sedar, aku mengucap panjang, baru ku dengar tangisan dari orang sekeliling, Kami membawa ibu pulang ke rumah, kerana ibu telah berpesan pada kami yang ibu ingin menghembuskan nafas terakhir di rumah..

Hampir 2 hari ibu berada dalam keadaan koma di rumah, kami adik beradik dan saudara mara tak henti2 membaca surah Yasin untuk ibu, aku tidak pergi jauh dari ibu, tangan kurus ibu ke gengam seerat-eratnya, kerana aku tahu itulah sentuhan terakhir di antara kami..aku ingin sentiasa berada di sisi ibu di saat2 akhir ibu..Aku cuba tabahkan hati setabah yang boleh..
pada 28hb April 2005, jam 4.31ptg khamis, serentak dengan azan Asar berkumandang, ibu telah menghembuskan nafas2 terakhir..Aku pasrah dan redha dengan pemergian ibu, sesengguhnya Allah lebih meyayangi ibu.. Aku turut serta memandikan ibu, dapat juga ku belai ibu disaat2 terakhir itu..Selepas waktu maghrib, ibu telah di kuburkan.. Kini ibu telah meninggalkan anaknya seramai 9 orang, ibu mengikuti ayahku yang telah meninggal 21 tahun yang lalu.. kini tinggal lah kami adik beradik menjadi anak yatim piatu..

Apa yang menyedihkan aku, ibu telah meninggal selepas 2 bulan aku berkahwin, tidak sempat aku ingin menyampaikan berita gembira yang aku telah mengandug,. Kini aku sudah mempunyai seorang puteri yang sudah berumur 4 tahun, akan ku didik anakku seperti ibu mendidikku, ibu adalah idolaku, aku ingin menjadi seperti ibu, selama membesarkan kami, ibu cukup tabah dan hatinya cukup kental dalam mencari rezeki untuk kami, ibu membesarkan kami seorang diri tanpa ayahku disisi, aku cukup bangga dengan ibu, Hanya doa2 yang dapatku berikan pada mu ibu, demi menebus segala dosa2ku terhadapmu ibu..Semoga Tuhan Yang Esa telah mengampuni dosa2 ibu, Oh, Ibu, damailah engkau di sana, ku taburi doa mewangi, hadiah dari anakmu..

Kepada anda yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka, kerana bila mereka 'tiada' nanti kita akan rasa menyesal kerana tidak dapat beri yang terbaik buat ibu, peluklah ibu anda sayangilah mereka seperti mereka menyayangi kita..nikmatilah saat2 anda bersama ibu, bila mereka tiada nanti, sekurangnya2 anda akan rasa puas hati kerana telah memberi yang terbaik untuk ibu....

'SELAMAT HARI IBU" buat semua ibu2 dan juga buat diriku..

0 komen:



Post a Comment


Blog Widget by LinkWithin