Apa tu Lalola? kalau korang tengok telenovela Argentina di tv3 jam 3.30 ptg setiap isnin hingga khamis, mesti korang tahu.. Bagi aku criter itu memang menarik, lain dari yang lain,. Aku dah boring asyik tengok criter jiwang jerr..sorry to say la yee.. cerita Melayu kebanyakannya berkisahkan cerita cinta.. boring gak asyik cinta je.
Cerita komedi ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ramiro "Lalo" Padilla (Juan Gil Navarro) yang bekerja di syarikat media terkemuka iaitu High Five, sebagai pengarah editor majalah DON. Lalo adalah seorang yang suka bersama wanita cantik, salah seorang di antara wanita tersebut bernama Romina.. Romina amat menyayangi Lalo, tetapi Lalo tidak mahu ada komitmen dengan Romina. Setelah Romina tahu yang Lalo tidak menyintainya, dia mula mengupah seorang ahli sihir dan meminta ahli sihir tersebut menukar Lalo menjadi seorang wanita yang cantik, kerana Romina ingin Lalo mengetahui bagaimana perasaan seorang wanita yang kecewa..
Sihir wanita itu telah berjaya dan ini amat mengejutkan Lalo.. Lalo kini berada dalam tubuh seorang wanita, dia tidak mungkin dapat kembali bekerja dalam keadaan begitu, sekiranya dia berterus terang, tak mungkin kawan2 di tempat kerjanya akan percaya. Oleh itu, Lalo terpaksa menyamar menjadi sepupu Lalo dengan nama Dolores "Lola" Padilla (Carla Peterson). Dia memberi alasan yang Lalo telah pulang ke Germany untuk melawat ayahnya yang sakit, hanya dengan alasan itu Lalo dapat kembali pada jawatan dan kerjanya..
Bermula di saat itu, berbagai peristiwa lucu yang berlaku. Lalo telah di bantu oleh kawan baiknya iaitu Grace untuk membantunya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Lalo mula memakai kasut bertumit tinggi, skirt, merasai datang bulan / period (menstruation) dan sebagainya.. Lalo juga mulai sedar bagaimana sikap sebenar kawan baiknya di pejabat iaitu Gaston, yang ingin merebut jawatan pengarah yang di pegang oleh Lalo. Gaston adalah seorang yang 'talam dua muka'. Tanpa disedari juga, Lalo @ Lola mulai jatuh cinta dengan salah seorang staff di High Five iaitu Facundo... Bagaimana kesudahannya?. Masih belum terlambat untuk anda saksikan di tv3 yeee.. Ia pasti mencuit hati anda kerana ia penuh dengan gelak ketawa. Kalau anda stress tu, rasanya cerita itu dapat meredakan stress anda..
Selamat menonton!!!!
0 komen:
Post a Comment