Korang dah pergi check ke talasemia? yee.. la nak jugak tahu kan, yang diri kita ni pembawa penyakit talasemia atau tak..Aku? heheheh aku sendiri pun belum check lagi, asyik tangguh jer. Tapi perasaan ingin tahu tu membuak2 dalam diri aku ni, samaada aku pembawa Talasemia atau tak.
Penyakit Talasemia ni penyakit keturunan tau, maknanya penyakit yang akan di wariskan kepada kita sekiranya ibu bapa kita pembawa Talasemia. Ia juga di panggil penyakit anemia iaitu kecacatan darah. 1 dalam 20 rakyat Malaysia pembawa gen Talasemia.
Punca :
- Ibu @ bapa yang pembawa Talasemia (kalau ibu @ bapa kita ada talasemia kemungkinan 50% kita akan di jangkati)
- Pada awal kelahiran, kanak2 kelihatan normal tapi bila berusia 3 - 18 bulan, masalah anemia mula kelihatan.
- Kelihatan pucat, resah dan lemah
- Kesukaran bernafas bila di tahap yang serius
- Jaundis (demam kuning)
- Perut buncit akibat hati dan limpa bengkak
- tumbesaran terbantut
- Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal( tanda lewat)
- Pesakit perlu menjalani tranfusi darah setiap bulan( tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan menyebabkan pesakit meninggal dunia di usia remaja )
- Elak perkahwinan di kalangan pembawa
sumber: http://www.infosihat.gov.my
0 komen:
Post a Comment