Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kisahnya 4 tahun lepas, seorang isteri yang bunuh suaminya dengan cara mencekik leher selepas suaminya menikmati hidangan lauk kari yang di bubuh ubat tidur oleh isterinya sewaktu berbuka puasa..Ish3 dah ler di bulan yang mulia, sanggup si isteri tu membunuh suaminya iaitu seorang pengarah urusan di syarikat kitar semula Reyaz Ahamed Maruf, 39. Apa nak jadi dengan zaman sekarang yeee....Walau apa pun masalahnya, mesti ada jalan penyelesaiannya, tak perlulah sampai nak membunuh. Macamni lah kalau dah tak kuat imannya..
Hari ini 14 Mei 2009,Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada si isteri, aku rasa itulah hukuman yang sewajarnya di jatuhkan ke atas Shamim Bano Mohammed Faroque, 41 dan sepupunya yang sama2 bersubahat iaitu Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39. Kemudian mayat si suami di tanam belakang rumah sedalam 4 meter.
Mintak di jauhkankan lah dari perbuatan ganas dan tak bertamadun seperti tu...Apa yang semua para isteri inginkan ialah utk menjadi seorang isteri yg mithali kan?? Selalu lah kita para isteri memanjatkan doa pada Ilahi agar di kuatkan iman dan di jauhkan dari perbuatan menderhaka pada isteri, apatah lagi seperti kes Shamim Bano.
0 komen:
Post a Comment