Klinik Desa Sura

Assalamualaikum..

Pagi ni aku ke Klinik Desa Sura, tuk buat kad bagi pemeriksaan kandungku yang ke dua ni..sampai dalam kul 9.30 pg. Nasib baik org tak ramai..duk kejap jer, terus sampai turn aku. cam ni la best, tak yah nak tunggu lama2. Mungkin musim ni tak ramai yang mengandung kot. selalunya klinik kanak2 ni asyik penuh jer orang mengandung dan yang datang tuk rawatan anak2..

Disebabkan aku kes baru so, take time gak la nak proses tu, macam2 yang di tanya oleh nurse, tu memang sepatutnya lah..dah keje dia. hubby ngan damia setia menanti dgn sabar. first buat urin test, then amik darah tuk result HB, fuuu, pedih la bila kena cucuk kat hujung jari ni. tersentak gak aku.bukan nak kata aku takut jarum, tapi pedih sikit la kalu kena cucuk kat ujung jari ni.. then masuk bilik pemeriksaan tuk check kandungan, breast dan tekak. everything ok. Alhamdulillah. lagipun takat ni, kandungan aku tak der masalah, cuma pendarahan di awal2 hari tu jer..pastu, nurse kata kena amik darah kat lengan lak, tuk check ada penyakit kelamin atau tak...Ishhh, takkkan lah ada ekkk..

Dua kali kena cucuk cos urat aku tak timbul sgt, tapi tak sakit langsung pun..Nurse2 kat sini semua baik2 dan peramah, hati aku pun senang di layan begitu. Sesetengah nurse tu ada yg garang tau, nurse gak ucap tahniah kat aku pasal awal2 dah dtg report pasal kehamilan, jadi apa2 masalah dapat di kesan awal2.. Alhamdulillah, semua pemeriksaan okey dan berjalan lancar, 28 bulan dpn lak kena dtg.. almost 1 hour baru aku siap, hubby tersengih2 jer sambil tunggu aku, damia pun tak byk karenah.pastu kitaorg g balai polis, bayar saman..he3 bulan lepas la kami kena saman pasal tak pakai tali keledar..Kena RM40. padam muka kami kan...he3.


Baca Selanjutnya

Balik Kampung Kejap

Assalamualaikum...

Pukul 10 pagi tadi aku dah selamat sampai Dungun..Bertolak dr kampung kul 6.30pg. Walaupun 2 hari jer balik bercuti ke kampung, puas hati gak rasanya. Tujuan utamanya, balik menziarahi mak sedara hubby yg sakit tenat. Sepanjang perjalan td anakku tidur jer.. Aku pun terlelap gak sekejap, yg tak tahan nyer asyik rasa mual jer dalam keta. sampai jer umah terus termuntah... Sakit urat2 perut ni di buatnya.

Tak sabar gak nak online, rindu kat blog aku.. Kat kg Sempat gak makan durian kunyit (yg kuning2 dan lemak rasanya), puas hati leh makan durian tu, RM8 sekilo, hubby beli la 2 biji..dah aku mengidam sgt nak makan..ada sesetengah tempat harga durian ni mencecah RM18 sekilo..mahal nyerrr..tapi sekali sekala dpt makan, apa salahnya erkkk.. Tapi keinginan tuk makan pulut durian lum kesampaian.


Baca Selanjutnya

Langit Tidak Selalunya Cerah


"Kelam malam sepi melamar kerinduan
Tak terpadam ingatanku terhadapmu
Dan pada siapa harus ku adukan
Resah ini kian menghimpit perasaan

Dan seandainya kasihmu mekar bagai dulu
Pasti tidak aku terbelenggu begini
Bukan salah aku retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah
Lalu punah

Tak dapat ku bayangkan
Tuturmu bagai sembilu
Mencakar hati ini
Tanpa simpati di hati
Ingin rasanya
Ku laungkan rasa kecewa

Kekasih lupakan sejarah
Cinta kita baja dulu
Di manakah kau campakkan
Cintaku yang pernah kau sanjungi
Oh mengapa
Semua ini berlaku
Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang
Terhadapmu"

p/s: Kegembiraan tidak selalunya kita rasai, kdg kala kita berduka di atas apa yg menimpa... Adakah kemaafan mampu mengubah segalanya???

Sembilu; Ella


Baca Selanjutnya

Amalan Suami Ketika Isteri Megandung

Assalamualaikum..

Bukan isteri saje yang perlu menjaga tingkah laku semasa hamil, suami juga perlu berubah sikap dan mengamalkan amalan2 yang mengikut hukum islam. Tak semestinya ketika isteri hamil sajer tp setiap hari pun kita suami isteri perlu bersikap ke arah yang lebih baik..

Amalan isteri dan suami ketika isteri mengandung sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak yang sedang di kandung... Banyak maklumat mengenai amalan suami ketika isteri mengandung ni dalam blog Atie A.Razak. Tq. Sy sekarang dah hamil 2 bulan dan berharap suami juga dapat mengamalkan amalan2 berikut..Bukan semasa sy hamil jer..tapi adalah elok di jadikan amalan seharian..

Kita mengharapkan dapat anak yg baik, soleh, berilmu dan bertakwa..tetapi dengan harapan sajer tak mungkin akan dapat anak seperti itu. Kita perlu sentiasa memanjatkan doa pada Allah S.W.T dan membuat amalan2 yang mengikut lunas2 Islam.


Baca Selanjutnya

Bayi di Lahir Tanpa Alat Kelamin

Assalamualaikum...

Kat Kangar pada hari ni, seorang bayi di lahirkan tanpa mempunyai alat kelamin..Bayi itu juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata... Ya Allah kesiannya kat bayi tu, takut aku mendengarnya,. Almaklum la aku jg sdg mengandung, ibu mana yang tak takut kejadian mcm tu berlaku pd kandungan mereka.. Besar sungguh ujian yang Allah berikan pada ibu bapa bayi tu...Aku berharap ibu bapa bayi itu byk2 la bersabar, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Sesungguhnya Allah amat sayang pada insan yang di beri ujian olehNya.

KANGAR 16 Jun — Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alamat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya.

Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.

Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.

Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.

“Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya,” kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini. - Bernama


Baca Selanjutnya

Mati Sebelum Sempat Mencuri

Assalamualaikum..

Di sini aku nak berkongsi satu cerita yang unik bg aku dan kejadian ni jarang skali berlaku dan mungkin korang jg tak pernah dgr kan. Kes ni berlaku di Dungun, Terengganu dan ada di paparkan dalam akhbar Sinar Harian.

Alkisahnya, ada sebuah rumah yg didiami oleh seorang guru yg tinggal keseorangan..Pada satu malam tu ada la seorang mamat dgn niat tuk mencuri dlm rumah guru td, dan si pencuri tu pilih tuk masuk dalam umah tersebut melalui bawah rumah. Si malang tu kopek lantai kayu dan masuk. Nak di jadikan cerita dan mungkin ajal dia kat situ, si pencuri td terlekat bahagian leher kat lantai kayu tu..di sebabkan dah tak bleh bernafas maka, meninggal la si pencuri tu dlm keadaan yang mengaibkan.. Kepala dah dalam umah dan badan plak masih di bwh umah..Kesian jgk ekk..

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, Mintak2 la si pencuri td sempat mintak ampun yeee...Walau di mana saja kita berada, di harap kita sentiasa berhati2 kerana si pencuri ni sentiasa memerhatikan kita dan menunggu peluang di atas kelalaian kita.


Baca Selanjutnya

Terima Kasih Buat Pengunjung blogku

Assalamualaikum...

Aku ni baru jer blajar2 jadik blogger.. Byk lagi benda yang tak reti. Nasib baik la ada yang sudi mengajar aku..Mula2 putus asa gak, bila dah create blog dah byk post artikel..(5-6 jerr) masih tak der pengunjung.. Tapi aku tulis gak, ibarat diary la, kalau free tu leh tulis artikel dan sama2 kongsi pendapat dgn kawanku yg baru gak join jd blogger ni...mak mah

Patut la tak der pungunjung, sbb aku pun tak kunjung blog org dan tak promote blog sendiri.. Camner org nak jengah blog aku kan Hehehehe.. (mmmm..malu kat diri sendiri). Aku pun rajin2 la jengah blog org lain dan mula cari kenalan dan dalam masa yg sama aku pun turut la promote blog aku yg tak seberapa ni...Mujur la ada jgk yang sudi menengah..Makasih byk2 yeee.

Hubby ku kata aku bebas tulis apa sajer dlm blog ni, asal tak melampaui tatasusila seorang blogger. Jadi maap la yee para pengunjung kalau topik dlm blog aku ni dah jd mcm rojak..Ikut suka aku la kan nak tulis apa2 pun..Dah blog aku He3...Anyway minat aku dalam bidang ni makin lama dah makin melonjak. Tambah2 kalau pengunjung dah makin bertambah..Terima kasih la kat korang yang telah menaikkan semangat aku utk terus bergiat sebagai seorang blogger..


Baca Selanjutnya
Blog Widget by LinkWithin