Assalamualaikum...
Kat Kangar pada hari ni, seorang bayi di lahirkan tanpa mempunyai alat kelamin..Bayi itu juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata... Ya Allah kesiannya kat bayi tu, takut aku mendengarnya,. Almaklum la aku jg sdg mengandung, ibu mana yang tak takut kejadian mcm tu berlaku pd kandungan mereka.. Besar sungguh ujian yang Allah berikan pada ibu bapa bayi tu...Aku berharap ibu bapa bayi itu byk2 la bersabar, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Sesungguhnya Allah amat sayang pada insan yang di beri ujian olehNya.
KANGAR 16 Jun — Seorang bayi didapati dilahirkan tanpa memiliki alamat kelamin dan mempunyai kecacatan lain pada anggota badannya.
Muhammad Nabil Mustaqim bin Rodzake yang dilahirkan pada 10 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga tidak memiliki ibu jari tangan kanan, telinga kanan dan cacat pada kelopak mata.
Dia diberi nama berdasarkan jantina lelaki kerana ujian DNA mengesahkan bahawa bayi itu lebih bersifat kelakian.
Sehubungan itu timbul kerisauan yang amat mendalam dihati kedua ibu bapa bayi malang ini.
“Saya sayu memikirkan masa depannya jika dia makin membesar tanpa kemaluan dan tekanan emosi yang pasti dialaminya,” kata ibu bayi berkenaan, Zatul Bazamah Abd Rahman, 26, dari Kampung Batu Lima dekat sini. - Bernama
0 komen:
Post a Comment