PM Tolak Debat Mursyidul Am Pas

Asaslamualaikum...

PM telah menolak pelawaan Tok Guru Nik Aziz tuk berdebat kerana bagi PM, debat itu tidak akan berbuahkan hasil. Nik Aziz begitu bersungguh ingin mempelawa PM tuk berdebat mengenai perjuangan Islam..Aku rasa susah tuk mencapai persefahaman dalam pendebatan ni, kerana perjuangan UMNO dan PAS adalah berbeza. UMNO memperjuangkan Melayu dan PAS memperjuangkan ISLAM...Kalau lah kedua2 parti ni bergabung dan sama2 memperjuangkan Melayu dan Islam, rasanya itu adalah yg terbaik.
Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.


Aku juga berpendapat yang UMNO menolak tuk berdebat kerana UMNO sendiri tahu, yang parti itu kurang memperjuangkan dasar2 Islam dalam pentadbirannya. Bukan nak kata aku sokong PAS sepenuhnya, tapi apa yang dikatakan oleh Tok Guru NIk Aziz itu ada betulnya..Aku hanya akan sokong perjuangan yang betul dan benar. Sebab bagi aku, kedua2 parti ini ada kepincangannya.Apa yang betul dari UMNO, aku sokong..Apa yang betul dari PAS, aku juga skong..Sebagai rakyat Malaysia, aku ingin bangsa Melayu dan agama Islam begitu utuh dan teguh di Malaysia.Sebagai sebuah negara Islam, bagi aku adalah penting dasar2 pentadbirannya berlunaskan hukum2 Islam sepenuhnya. Tapi banyak aspek yang perlu di ambil kira. Tak senang la nak mentadbir sesebuah negara ni. Bak kata Tok Guru Nik Aziz ''Kalau Melayu sahaja bukan ummah, kerana ummah adalah seluruh rakyat. Perjuangan ummah lebih bermakna dalam pakatan berbanding dengan perpaduan yang dianjurkan.'' Kalaulah Malaysia ni di tadbir berteraskan dasar2 Islam sepenuhnya, aku rasa masalah sosial tentu dapat di kurangkan secara drastik..

p/s: Ini adalah pendapat aku, sabagai rakyat Malaysia, aku bebas tuk menyuarakan pandangan sendiri kan! bLOG AKU..ikut suka aku lerrr...:)

0 komen:



Post a Comment


Blog Widget by LinkWithin