Assalamualaikum...
N3 ni khusus tuk wansteddy dan sesapa yang berkaitan lah, sori la wan, lambat sy nak tulis, cos semalam baru sy sampai dari kampung..Penemuan awal sy dengan minyak ni bila hubby dok cari info pasal ubat penyakit kulit, dan terbaca la satu testimoni dalam web bio-asli hubby pun bagi la cdngn tuk mencuba minyak tu. So, apa salahnya mencuba kan, lagipun dah macam2 try sebelum tuu...
Masa tu kulit damia dah tahap maksimun lukanya, kecuali hidung jer yang masih maintain..Muka Damia sgt teruk masa tu, so saya pun mula sapu minyak tu ke seluruh badan, pada awal penggunaan, timbul biji2 merah, sebelum ni sy dah dimaklumkan pasal kesan tindakbalas awal pengunaan minyak ni. Pada awalnya saya nak hentikan penggunaannya tapi hubby kata sabarlah dulu, kita tunggu dan tengok. Selang seminggu macam satu keajaiban yang berlaku, luka damia begitu cepat pulih, darah dah tak kuar, kulit pun dah tak kering, jadi lembab jer kulit dia. kulit dia makin licin, cuma parut2 merah jer kelihatan. Dalam 2 bulan jer, 80% kulit damia dah makin sembuh.
Saya amat2 bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana di pertemukan minyak ni,dan langsung tak meyangka yang kulit damia akan pulih..Saya pernah bagi damia minum minyak tu, sukatan 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. saya campur dalam minuman dia.tapi damia mcm perasan yang minuman dia rasa lain ckit,dia tolak,.so sy stop. kalau wan nak try bagi minum pun bleh, mana tau kot dapat merawat dari dalam badan Aliya. Sejak jumpa minyak tu, sy stop semua cream lain. Apa kata wan bt macam saya, stop dl yg lain dan fokus pd minyak tu.. penggunaan minyak ni hanya dapat merawat luka damia dari luar jer, tapi tak dapat menghilangkan penyakitnya. Kalau ada effect awal tu, kalau bleh wan jgn stop dl, sbb itu tindakbalas awal. tapi setiap individu berbeza, ada jgk yg tak der tindakbalas..sapu la setiap kali aliya sudah mandi, sapu dari hujung rambut hinga hujung kaki. Saya rasa ia pasti mujarab buat aliya.
Apa yang paling penting tuk merawat penyakit ni adalah jaga pemakanan dia. Jgn sekali2 beri makanan yang dia alergik. Apa makanan yang aliya alergik? Kalau damia dia tak bleh makan semua jenis kekacang, susu formula dan semua produk yg berasaskan tenusu, ikan2 yg bisa dan seafood,ayam,telur, ikan bilis, junk food...Saya elak semua makanan tu, dan ia mempercepatkan proses penyembuhan damia.bahaya jgk kalau dok beri ubat minum selalu, nanti akan mdatangkan penyakit lain pulak.. Doktor juga cakap cara rawatan sy tu baik kerana sy dah hentikan semua ubat tuk dia..Minyak kelapa dara tu tak pernah habis stok dalam umah sy..wp sekarang dah jarang sy gunakan tuk damia, tapi kalau dia tersalah makan (kalau sy terlepas pandang laa) mula la di gatal dan timbul biji merah, terus saya sapu minyak tu. semalaman terus hilang.. Ada gak sedara2 dtg tanya ubat apa yg saya guna tuk damia, kerana ada anak2 diaorang yg kena ekzema, sy sarankan minyak ni la kat diaorang.. Memang keajaiban kulit damia sembuh sepenuhnya. semua orang sekeliling yg pernah tengok luka dia tak sangka yg damia akan pulih seperti hari ni. Kulit damia dah lembut dan licin sekarang, puas hati rasanya.
Hubby sy balik citer pasal wan, so sejak dari tu la sy mula melawat blog wan, dan rasanya ingin berkongsi pengalaman dengan wan, kerana sy amat memahami perasaan ibu2 yang anak2nya menghidapi ekzema. Saya harap wan teruskan penggunaan minyak ni dan kalau bleh stop dulu guna cream lain. tengok dalam 2 minggu, mesti ada perubahan. InsyaAllah, dengan izin Allah, aliya pasti sembuh..Nanti bagitau saya yer perkembangan aliya dari semasa ke semasa. sy pun tak sabar nak tau hasilnya,.
5 komen:
nak beli home made myk kelapa dara dgn saya? murah sgt, rm20 = 185 ml. hubungi saya, 0124678610@0135393905. perlu buat tempahan awal kerana permintaan yg sgt menggalakkan.
baby saya pun ekzema jugak, mula2 pakai cream dari pakar. so yg mana teruk tu mmg lega la. tp lepas tu, datang balik, abis muka, lipatan2. saya try sebamed baby..mcm tak jln, stop sebamed n pakai cetaphil lak. ni tgh try cetaphil baru 3 hari.. harap2 okey, tapi lepas baca entry ni, saya nk try gak la minyak kelapa dara neh. tp susu still bg susu lembu, sbb doktor ckp takyah tukar susu.. doktor pakar kulit lak tu. tp still ssaya nk try tukar susu pegi soya.
Salam...saya nak bertanya...anak sya dah 5 tahun sekarang...waktu lahir dulu mang dia kene ekzema...pastu dah berubat cara kg...dah ok...sekarang tetiba dtg semula ekzema dia...padahal selama 4 tahun ekzemanye dh xade...so...saya xpasti yg anak saya ni alah susu ape atau makanan ape sbb baru je kena semula...
Alhamdulillah, semoga anak Puan sembuh sepenuhnya dari eczema. Ada pendapat mengatakan kanak-kanak boleh mendapat eczema akibat amalan minum susu soya semasa mengandung. Wallahua'lam. Tentang allergic tu perlu dikenal pasti & dielakkan, lain kanak-kanak lain allergic nya. Anak saya pun begitu juga.
Saya peminat minyak kelapa. Byk brand yg pernah saya try.
(1) minyak kelapa yg paling murah
Saya beli RM10 utk 1 litre di Masjid India buatan Bangladesh. Bau tengit yg kuat bersama aroma kelapa bermakna minyak ini terhasil dengan memasak santan sehingga pecah minyak. Minyak yg terhasil dari pecah minyak tulah yg dibotolkan. Banyak hasilnya dan cepat pembuatannya. Ini kaedah org tua2 kat kampung. Nenek saya pernah buat. Bila dimakan rasa tengit kat tekak. Khasiat antioksida, vitamin E yg sgt baik utk kulit bila disapu dan utk kesihatan badan bila dimakan musnah. Kualiti lemak baik pd minyam juga terjejas.
(2) minyak kelapa sederhana mahal
Yg pernah saya beli RM 30 utk 100ml dari Indonesia. Tiada bau tengit bmakna tidak menjalani pemanasan. Tetapi bau masam yg amat sangat yg pada pendapat saya menggunaka ragi bagi menghasilkan kuantiti yg banyak dlm masa yg cepat. Walaupun khasiat antioksida,Vitamin E dan lemak baik tidak terjejas, nak makan tak lalu sebab bau masam kuat sangat.
(3) minyak kelapa agak mahal sikit
yg pernah dibeli ialah RM38 sebotol. Buatan Malaysia kelapa dari Bagan Datoh. Tiada bau tengit, bau masam macam takde je. Dari pengalaman saya jenis yg mcm ni takde penggunaan haba dan ragi, jadi semua khasiatnya tersimpan pada kadar optima. Boleh ditelan bersama dengan air dgn mudah sebab tak rasa bau masam. Saya rekomenkan jenama inilah sebab berbaloi saya beli 8 dapat harga pengedar RM27.50 je sebotol VCO berkualiti RM38. Sebab nak kuruskan badan makan setiap hari 2 sudu. Alhamdulillah berkesan kurang 1kg sebulan. Ni dah 3 bulan kurang 3 kg. Lepas mandi sapu pada baby sbb eczema, alhamdulillah baby tak garu2 sebab rasa lega bila disapu. Sebab baby xgaru proses penyembuhan eczema cepatlah. Ni dia link VCO tersebut tulen-oil.com
(4)minyak kelapa paling mahal
xpernah try sebab 1. Tak mampu 2. Berpuas hati dengan jenama tulen-oil.com . Tolong iklankan utk dia sebab baru ni dia bagi percuma 2 botol utk baby. So kira berterima kasihlah.
Post a Comment