Peristiwa Isra' Mikraj

Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w. Perintah yang diterima sejak 1,430 tahun lalu itu kemudian terus diamalkan sehingga hari ini. Solat dilakukan sama ada secara berjemaah mahu pun bersendirian - tetapi masih terdapat umat Islam langsung tidak mahu menunaikan ibadat tersebut.

Solat adalah tiang agama..sesiapa yang tidak mengerjakan solat, bagaimanakah mereka mendirikan dan meneguhkan iman dalam diri mereka. Sedangkan asas utama keimanan itu tidak disempurnakan...Tidak dinafikan, ramai orang Islam sekarang tidak menunaikan solat..Patutkah kita menganggap mereka sebagai orang Islam?? Tidak sembahyang, tapi mengaku diri itu Islam..Insaflah wahai umat Islam, jangan biarkan diri kita hanyut dengan hasutan syaitan, yang ingin membawa kita bersama mereka ke neraka jahanam..Na'uzubillah..

0 komen:



Post a Comment


Blog Widget by LinkWithin