Alah Susu Lembu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lega rasa hati bila aku baca penjelasan Dr. Syed Nazir Syed Kadir iaitu Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya dalam Metro Ahad mengenai bayi yg mengalami alah susu lembu.. Damia, anakkku jg mengalami alahan tersebut..Di sebabkan alah pd susu lembu ni lah penyebab anakku mendapat penyakit Ekzema..Tapi Alhamdulillah keadaan anakku dah semakin baik.. Aku rasa ada juga para ibu yg anaknya mengalami alah pada susu lembu, dan aku rasa info ni baik di kongsi bersama...Hari ni aku cuba bagi anakku minum susu lembu tuk pastikan samaada alahan susu lembu ni masih dia alami ataupun masalah ini dah hilang.

Ibu2 yg anak anda alah pada pd susu lembu, rasanya tak perlulah risau kerana masalah ini akan hilang bila anak anda berumur dua atau tiga tahun, tapi bergantung pada individu kerana ada sesetengah kanak2 mengalami masalah ini sehingga umur mereka lima tahun.Alahan pada protein susu lembu (CMPA) berbeza dgn tidak toleran laktosa.

Susu mengandungi protein, karbohidrat atau gula, lemak, vitamin, mineral dan air.Protein susu inilah yg boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang. Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.Alahan ni boleh berlaku pada kanak2 yg diberi susu badan dan susu formula. Kanak2 yg di beri susu badan juga boleh mengalami masalah ini kerana pemakanan ibu yg mengandungi susu lembu dan ia di alirkan kepada kanak2 melalui susu badan.

Gejala CMPA: Bayi CMPA boleh alami beberapa gejala pada satu masa seperti,

  • Ekzema atau ruam kulit
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Cirit birit
  • Meragam
  • Berat badan tidak bertambah dan jika ada terlalu sedikit
  • Banyak angin dalam perut
  • Sukar bernafas
Bayi CMPA turut berhadapan dgn masalah kurang zat, ciri2 yg dpt diperhatikan ialah kurang air dlm badan, tiada selera makan dan menyusu dan tidak bertenaga, jadi pembesaran akan terjejas. Mereka jg boleh alami alahan yang lebih teruk iaiatu anafilaksis, tapi keadaan ini jarang berlaku. Bagi kes ini, gejala boleh timbul dalam masa beberapa minit selepas minum atau makan makanan yg mereka alah. Gejala yg paling serius ialah bengkak pada muka, mulut dan lidah yg menyebabkan pesakit sukar bernafas. Selain itu, ruam yg gatal, kulit merah dan muntah adalah gejala anafilaksis yg boleh berlaku. Sekiranya ini terjadi, cepat2 la bawa anak anda berjumpa doktor.

Seseorang bayi yg disyaki alami alahan susu perlu diberikan penilaian perubatan, pelan perubatan dan rawatan susulan yg khusus. Ibu perlu mengubah diet jika memberikan anak susu badan atau menukar susu formula untuknya. Dalam kes tertentu, doktor akan menyarankan anda untuk menghentikan pemberian susu selama sebulan. Selepas tempoh ini bolehlah diberi susu pada anak anda dan tengok jika alami gejala alahan.kalau masih alami gejala alahan, baik anda berhentikan dulu pemberian susu formula dan semua produk2 yg mengandungi hasil tenusu.

Rawatan:
  1. Bagi bayi yg diberi susu badan, tapi masih alami alahan CMPA, si ibu tidak perlu hentikan pemberian susu badan, tetapi si ibu perlu menghentikan pengambilan produk yg mengandungi susu lembu.
  2. Bagi bayi yg diberi susu formula, doktor akan menyarankan anda utk bertukar kepada susu formula berasaskan soya atau hidrolisat. Elakkan beri anak anda susu lembu walau apa jenis jenama sekalipun.
  3. JIka anak anda alami alah susu lembu yg teruk, doktor akan beri ubat yg khusus sebagai tambahan kepada diet bebas susu lembu.Ubat ini seperti antihistamin atau epinefrin perlu digunakan mengikut arahan iaitu hanya bila anak anda tersilap mengambil produk yg mengandungi susu lembu dan menunjukan reaksi alahan.
Bila bayi boleh memulakan semula produk susu?
Bila anak dah makin besar bolehlah mula perkenalkan semula susu lembu dalam dietnya-selepas mendapat nasihat doktor atau pakar alahan.Doktor anda mungkin menyarankan supaya anak anda diberikan diet bebas susu sekurang2nya 12 hingga 18 bulan pertama. Anak anda akan diuji semula setiap enam bulan sehinggalah doktor mengesahkan anak anda tidak lagi alah pada susu lembu. Jangan sekali2 beri anak anda susu lembu sehinggalah doktor mengesahkan anak anda betul2 tidak alah pada susu lembu lagi.

Jenis makanan yang perlu dielak.
  • Semua jenis susu atau makanan yang mengandungi susu lembu (susu skim, tepung, pepejal atau sejat)
  • Keju, dadih keju, dadih dan aiskrim
  • Mentega, Mentega susu, marjerin yang mengandungi susu
  • Produk soya yang mengandungi susu lembu. Banyak produk soya yang mengandungi susu lembu di pasaran seperti manisan soya mengandungi sedikit susu lembu. Jadi pastikan anda membaca label sebelum membeli
  • Bijirin campur yang mengandungi susu tepung
  • Semua produk yg mengandungi kasein (dieja casein) kaseinat (caseinate), sodium atau kalsium kasinat, laktalbumin atau whey. Ia menandakan kehadiran protein susu
  • Susu bebas laktosa
Walaupun anak anda alah pada susu lembu, tetapi kajian menunjukkan kanak2 begini jarang2 alami masalah apabila makan daging lembu. Jadi anda boleh masukkan daging lembu dalam diet si kecil.

P/s: semoga info2 dari pakar kanak2 ini dapat membantu para ibu yg anak anda alami alahan pada susu lembu.

5 komen:

Ahliahnizam said...


Anak saya pon ada eczema juga, tapi dia tak pulak alah dengan susu lembu. Hm, apa ye krim yg sesuai untuk merawat ezcema ni...?. Dah macam2 saya cuba, baik sekejap je, then datang balik :(

ahliahnizam@yahoo.com

cikgu peja ladang said...


bagus blog puan nie..banyak info menarik..

Kimming Chong said...


alah susu tidak boleh dirawat, alahan timbul adalah kerana badan tidak menghasil lactase ( enzyme yg menghazam lactose dlm susu ), jalan yang paling mudah adalah pemberian dadih atau yogurt, boleh buat sendiri kat rumah, cuma perlu dapatkan susu lembu segar ataupun susu yg sudah dipastuer tetapi jangan pakai susu uht kerana kebanyakan khasiat telahpun musnah, untuk keterangan lanjut email saya, sedia beri bantuan kimming.c@gmail.com

Anonymous said...


Berminat untuk mengetahui Rahsia vitamin ibu yang mampu membuat bayi anda kenyang dan gembira ceria selalu? untuk maklumat lanjut, boleh layari umminiena.wordpress.com atau kebaikanvitamin.blogspot.com

Unknown said...


hai puan..saja blogwalking ni.. memg kdg susu lembu tk sesuai dgn sesetgh budak..kesian kan naik dh ruam dia ..moga dpt ubat trbaik ya .btw.. nak tye..dah pakai ke penapis air cuckoo? king top baru 96 sebulan..ade air 3 suhu tu.mudah keje puan nak wt susu anak ke.bubur ke....saya sue NE cuckoo kl.. nak sue bantu order filter air/udara ke bole wsp sue ya 011-16930576... ade hadiah special tau utk setiap pelanggan kite..wsp la... :)



Post a Comment


Blog Widget by LinkWithin