Selamat Hari Jadi

Selamat hari jadi ke 31 buat diri ini
Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
Hidup sentiasa diberkati Ilahi
Meningkat taqwa dan iman dalam hati
Berjaya dalam menempuhi hidup ini

Bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhingga
Punya keluarga dan sanak saudara yang bahagia
Punya anak dan suami yang sihat sejahtera
Punya keringat untuk mengurus keluarga
Punya rakan taulan yang berwibawa

Moga bersedia untuk menghadapi mati
Kerana tarikhnya sentiasa menjadi teka teki
Malaikat Izrail sentiasa memerhati dan menanti
Menunggu arahan dari Ilahi

Aliza
13 Julai 2009

2 komen:

maslemon said...


Salam, Semoga hidup terus diberkati Allah s.w.t.Amin...

Najdah said...


Salam....Happy Belated Birthday buat Aliza....
Semoga Aliza sekeluarga sentiasa dirahmati Allah....



Post a Comment


Blog Widget by LinkWithin