Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa la nak jadi, bila dah taksub dengan parti pilihan masing2 hingga sanggup mencemari suasana mengundi dengan tindakan yang tidak berakhlak. Ada pihak yang baling batu sehingga terkena 2 orang ahli puteri UMNO sehingga pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Bertindak macam orang tak bertamadun..Pertelingkahan juga hampir mencetuskan pergaduhan, nasib baik polis cepat bertindak..Buat malu ajerrr..padahal yang terlibat tu golongan berumur dan yg dah reti nak berpikiran waras...Jangan terlalu ikut emosi la pakcik2 dan makcik2..So, kita tunggu malam ni, tgk sape yg menang k....Baca berita kat bawah ni:
Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.
KUALA KRAI 14 Julai – Dua ahli Puteri UMNO Kelantan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan (SK) Peria, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.
Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.
Abdul Rahim menasihatkan semua perayu undi supaya banyak bersabar untuk mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.
"Kita juga meminta orang ramai supaya lebih banyak bersabar dan tidak cepat marah ketika berada di luar pusat mengundi," katanya. – Utusan
2 komen:
biasa ler tu...adad ...bila dah ramai orang...ramai ler karenahnya
semoga Malaysia aman sejahtera
Post a Comment