Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ramai yang berdiet fikir untuk menurunkan berat badan, perlu mengamalkan makanan yang rebus dan kukus sahaja. Makanan bergoreng mesti dielakkan sama sekali. Ada juga benarnya sedikit, tetapi tidak perlulah sampai menggelak terus makanan bergoreng. Sesekali boleh juga menikmatinya. Sebenarnya, ia bergantung kepada minyak yang anda gunakan untuk menggoreng.
Di bawah adalah senarai minyak dan peratus kolestorel yang terdapat dalam minyak tersebut:
Jenis Minyak | % Saturated Fat (lemak tidak baik) | % Polyunsaturated Fat (lemak baik) | % Monosaturated Fat (lemak baik) |
Minyak Kanola | 6 | 36 | 58 |
Minyak Safflower | 9 | 78 | 13 |
Minyak Matahari | 11 | 69 | 20 |
Minyak Avokado | 12 | 14 | 74 |
Minyak Jagung | 13 | 62 | 25 |
Minyak Zaitun | 15 | 11 | 73 |
Minyak Soya | 15 | 61 | 24 |
Minyak Kacang | 18 | 34 | 48 |
Minyak Sawit | 51 | 10 | 39 |
Minyak Kelapa | 92 | 2 | 6 |
Minyak Mentega | 66 | 4 | 30 |
Melalui jadual di atas, tahulah kita bahawa minyak yang baik untuk kita adalah minyak yang mengandungi monosaturated dan polyunsaturated fat lebih banyak berbanding yang mengandungi saturated dan trans fat.
p/s: Walau bagaimana baik sekalipun minyak tersebut, anda disarankan agar tidak menggunakan minyak yang sama berulang kali.
sumber:Majalah Wanita (22 Mei 2009)
1 komen:
slm za..
ada peluang gn lptop aku gunakan ms tuk berblog.Sama2 lah kita menjaga kesihatan kita semoga kita dianugerahkan badan dan akal yang sihat...Amin..
Post a Comment