Apa Nak Jadik Dengan Pelajar Sekarang??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terkejut gak aku tengok berita tv3 td pasal pelajar perempuan yang buli rakan sekolah. Berlaku kat daerah Dungun ni, selalunya kita didedahkan pelajar lelaki yang familiar dengan kes buli ni. Kenapa la ptt jadi cam gini. Bila aku tgk dalam laman youtube, rupanya terlampau byk kes2 sosial yang berlaku dikalangan pelajar sekolah. Sekali pikir takut aku nak biarkan anak2 ku membesar dlm era yang memang cukup mencabar ni. Moral pelajar dah makin terpesong, bukan takat kes buli jer, maksiat pun berleluasa, malah ada pelajar yang berani buat maksiat dalam sekolah jugak...Apa nak jadi ni?
Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.
Dapatkah kita membesar anak kita agar menjadi anak yang berdedikasi dan berdisiplin sekiranya persekitaran mereka cukup mencabar dah penuh dengan gejala2 sosial yang begitu dahsyat.. Bermula dari kecil dan start dari rumah la kita kena mendidik anak kita menjadi insan yang kuat Iman dan disiplin. Hal2 yang mcm gni membuatkan aku rasa tak senang duduk..Mesti semua para ibu bapa juga risau mcm aku. Saper yang nak anak mereka terlibat dgn masalah sosial, pelbagai didikan dan ajaran yang ibu bapa berikan pd anak2 mereka, tapi apa yang berlaku kdg2 tidak seperti yg ibu bapa harapkan.. So, saper yang perlu di persalahkan???

3 komen:

Aliza said...


testing

ayuuni:) said...


As salam.buat kak eliza..alang2 saya da terlalu dkat page akak, ingin juga sy berkongsi pendapat.:) saya sgt setuju dgn apa yg akak cakap.
sbg anak pun, sy sndiri pun takut kalau diri kita sndiri memecahkan dan mengkhianati amanah ibubapa yg mana mereka sgt2 meletakkan harapan yg tinggi kpada diri ank2 mereka... sbg seorang pljajar sdiri, dgn kedaan sosial yg amat3 mmbimbangkan masyarakat skrg di sekeliling kita, pelajar2 kita seolah2 di'rasuk' dgn ketaksuban perkara2 dan budaya2 yg xelok.. betul..
kadang2 apabila seorang anak perempuan itu mmbuat ssuatu ksalahn di mata masyarakat, perkara pertama yg dituding dan di pandang adalah ibubapa mereka..isu ini sampai bila2 pun sentiasa diperdebatkan.. sya sdiri pun merasai kerisauan yg akak rasa, tapi dlm masa yg sama..segelintir masyarakat kita,mmg terdapat ibubapa yg masih mengabaikan tanggungjawab dengan tidak mmberi perhatian serius terhadap anak2 mereka.. tapi di sudut yang lain pula, setiap para ibubapa pastinya sangat prihatin dan sntiasa ingin anak2 mereka tidak terjebak
dengan gejala2 keruntuhan moral seperti ini...
saya sndiri pun dulu, takut jika diri sndiri terjerumus atau terikut, tapi saya pastikan sy sntiasa akan jauh daripada persekitaran yg mnjurus kpda perlakuan2 yg xelok..
kesimpulan sebenar..walau mcm mana hebat pun ibubapa itu mndidik anak2 dgn nilai2 murni dan pegangan agama, iman dan islam yg kuat.. segalanya terletak pada diri anak2 itu sendiri.. kerana merekalah yg mmbawa sikap dan prinsip mereka ke mana saja mereka pergi..even walaupun di sebalik pandangan ibubapa sndiri andai anak2 mereka tinggal di asrama..
lekatkan pada diri anak2 dan sntiasa beritahu mereka, bahawa merekalah permata dunia..mereka sgt berharga.oleh itu.sntiasalah jaga diri walau di mana dia berada. jangan sekali jatuh dlm lembah kotor dan hina. kerana ALLAH sentiasa ada dgnnya.. jadilah seperti 'lain dr orang lain', ertinya jangan mnjadi seperti remaja2 yg biasa kta tngok dlm akhbar2 berita dan muka tv hilang akhlak dan sebagainya.. anak2 juga ingin kepercayaan dan kebebasan daripada ibubapa.oleh itu, ibubapa juga xboleh terlalu mndesak..kerana risau mereka fikir mereka dikongkong dan akhirnya tanpa pandangan ibubapa terhadap mereka, mereka melakukan perkara2 yg boleh mnjatuhkan maruah mereka dan ibubapa itu sndiri.. wallahualam.. suka utk berkongsi pndapat dgn akak.:) sbb sy pernah masuk debat tajuk ttg ibubapa dan anak2, siapa yg patut dpersalahkan apabila berlaku keruntuhan moral..

Aliza said...


seronok baca pandangan ayunni, org debat rupanye,:) akak pom sokong 100% pendapat ayuuni..



Post a Comment


Blog Widget by LinkWithin