Darah Bayi DiCemari Bahan Kimia

Kalau you all tengok buletin utama malam ni mesti you all tahu pasal darah bayi yang baru lahir pun dah dicemari bahan kimia. Sekurang2nya terdapat 8 jenis bahan kimia dalam darah bayi yang baru lahir. Sebagai ibu yang sedang hamil, aku rasa elok info ni dikongsi bersama dengan para ibu yang sedang hamil..Mengapa ini terjadi?? Kesan dari pencemaran dalam darah ni boleh menyebabkan tumbesaran bayi akan terbantut dan sekiranya bayi itu perempuan, bahan kimia tersebut boleh memberi kesan yang tidak sihat pada sistem peranakan bayi itu..Puncanya..

Semestinya ia berpunca dari si ibu, sekiranya si ibu terdedah dengan bahan plastik seperti sering menggunakan bahan plastik secara berulang kali,ia boleh mengundang masalah kepada bayi. Salah satu lagi puncanya ialah ibu hamil yang sering terdedah dengan racun serangga. Kita sedia maklumlah yang bahan ini amat berbahaya, dan ia lebih berbahaya kepada ibu hamil. Jadi pada ibu hamil, elaklah dari menggunakan bahan plastik dengan kerap dan jauhilah diri dari racun2 serangga..Semoga kita dan anak dalam kandungan kita sihat sejahtera hendaknya..

1 komen:

maslemon said...


slm.
memang betul tu tapi kt tak leh nak elak dari gunakannya cuma kita cuba kurangkannya.Racun serangga memang aku alergik tak leh hidu nanti sakit dada .So guna bila nak kuar rumah.kami sembur racun serangga tu bila nk kuar rumah.



Post a Comment


Blog Widget by LinkWithin